Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mahu semua pemain yang layak ke Sukan Olimpik dan Paralimpik

Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mahu semua pemain yang layak ke Sukan Olimpik dan Paralimpik

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mahu semua pemain yang layak ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020 menunjukkan semangat juang tinggi bagi mengharumkan nama negara.

Katanya, matlamat utama mereka b3rsa1ng pada temasya terbesar dunia itu adalah bagi menyaksikan Jalur Gemilang dikibarkan di podium kemenangan pada Sukan Olimpik dan Paralimpik.

BAM dalam satu kenyataan, hari ini, mengesahkan lapan pemain negara layak beraksi di pentas Olimpik selepas mendapat pengesahan daripada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Cab4ran skuad negara di Tokyo diketuai jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia selain perseorangan wanita, Soniia Cheah; beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik; beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.

BAM turut memaklumkan dua wakil negara daripada skuad para turut melayakkan diri ke Sukan Paralimpik iaitu Cheah Liek Hou bagi kategori S5 (berdiri/ k3meros0tan anggota badan atas) dan Didin Taresoh SH6 (berdiri/ k3rdil).

“Mewakili BAM, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua 10 pemain badminton yang berjaya melayakkan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo.

“Ini semua adalah berkata usaha, kerja keras dan kom1tm3n yang ditunjukkan mereka. Seluruh rakyat Malaysia pastinya berbangga dengan pencapaian ini.

“Saya mendoakan yang terbaik dan berharap kejayaan memihak kepada k0nt1njen Malaysia. Saya berharap mereka akan memberikan yang terbaik di dalam gelanggang dengan matlamat utama adalah bagi menyaksikan Jalur Gemilang dikibarkan ketika majlis penyampaian pingat pada Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo,” katanya.

Norza berkata BAM juga berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) kerana terus memberi sokongan padu kepada pasukan kebangsaan

Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos manakala Sukan Paralimpik akan bermula 24 Ogos hingga 5 September.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*