Pasukan karate negara bakal menyaksikan sejarah sukan itu dipertandingkan buat kali pertama di Sukan Olimpik dari rumah

Pasukan karate negara bakal menyaksikan sejarah sukan itu dipertandingkan buat kali pertama di Sukan Olimpik dari rumah

KUALA LUMPUR: Pasukan karate negara bakal menyaksikan sejarah sukan itu dipertandingkan buat kali pertama di Sukan Olimpik dari rumah kerana tiada seorang pun daripada mereka layak bertanding pada temasya itu Tokyo, bulan depan.

Harapan terakhir negara, R Sharmendran tersingkir selepas t3was 1-5 di tangan Nurkanat Azhikanov dari Kazakhstan dalam pusingan ketiga saingan repechage pada Kejohanan Kelayakan Karate Olimpik di Paris, malam tadi.

Juara Piala Dunia Karate1 2014 yang menerima ‘bye’ dalam pusingan pertama, memulakan kempennya dalam kategori lelaki bawah 75kg dengan mengalahkan Pi Jae-yoon dari Korea Selatan pada pusingan kedua dan wakil Cyprus, Panayiotis Loizides dalam pusingan ketiga.

Bagaimanapun, atlet berusia 28 tahun itu gagal melangkah ke suku akhir selepas k3cund4ng 0-5 kepada peserta akhir, Noah Bitsch dari Jerman, sekali gus m3maks4 beliau b3rt4rung dalam pusingan repechage

Juara Sukan SEA itu yang terus bertanding dalam pusingan kedua repechage, berjaya mengatasi halangan pertama dengan kemenangan 2-0 ke atas David Podsklan dari Slovakia tetapi kemudian d1tewask4n Azhikanov yang kemudiannya memenangi kategori itu.

Ketika pembukaan kejohanan kelayakan itu Jumaat lalu, dua lagi wakil negara juga terlepas peluang ke Tokyo selepas S Prem Kumar dan P Madhuri masing-masing t3rsingk1r pada pusingan kedua dalam kategori lelaki bawah 67 kg dan pada pusingan ketiga kategori wanita di bawah 55kg.

Hanya tiga atlet teratas daripada setiap kategori akan layak ke Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan bermula pada 23 Julai.

Timbalan Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Vincent Chen berkata walaupun terlepas peluang ke Sukan Olimpik, prestasi ketiga-tiga atlet itu lebih baik daripada yang dijangkakan.

“Prem yang terpaksa bertukar daripada kategori 55kg kepada kategori yang lebih berat beraksi dengan baik apabila b3rt4rung dengan lawan yang lebih kuat biarpun dia adalah peserta terendah dalam kategori itu.

“Madhuri merupakan atlet simpanan tetapi dia beraksi dengan baik dan mengejutkan kami dengan mara ke pusingan ketiga dalam kategori yang kompetitif itu.

“Sharmendran pula menyempurnakan lima pusingan itu dengan baik tetapi t3was kepada Azhikanov selepas beberapa s3rang4n m3ngena1 k3pal4nya, kami akan memeriksa keadaannya.

Secara keseluruhan, tiada rungutan terhadap prestasi mereka selepas mengambil kira mereka tidak menyertai mana-mana kejohanan selama 16 bulan kerana pandemik COVID-19,” katanya kepada Bernama.

Chen berkata pandemik itu m3maks4 banyak kejohanan ditangguhkan atau dibatalkan, hanya Kejohanan Asia dalam Oktober dan Kejohanan Dunia pada November yang disahkan berlangsung seperti dijadualkan setakat ini.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata generasi baharu pasukan kata akan dikenal pasti dan dibangunkan dengan harapan menjadi sebuah pasukan yang disegani pada masa hadapan.

– BERNAMA

Sumber:bharian.com

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share..Terima Kasih Banyak!

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*