Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia,TMJ Menawarkan Diri Untuk Membantu Harimau Malaya

Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia,TMJ Menawarkan Diri Untuk Membantu Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan diri untuk membantu badan induk itu meningkatkan persembahan skuad Harimau Malaya.

Perkara itu diluahkan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi kenyataan ringkas pada ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya, hari ini.

Kepada Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin), izinkan saya untuk memikul tugas dalam skuad kebangsaan. Saya akan sediakan mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

“Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan segera kepada anda. Tetapi saya dapat memberi jaminan mengenai peningkatan (prestasi pasukan),” katanya.

Menerusi ruangan sama, TMJ turut mencadangkan badan induk itu tidak memberi status naturalisasi kepada mana-mana pemain as1ng dengan sewenang-wenangnya pada masa akan datang.

Beliau yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, pengambilan pemain naturalisasi perlu dikawal dan dibuat analisis secara terperinci oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan.

Hari ini pergi untuk tugasan pasukan kebangsaan bukan lagi satu misi atau tugas bagi sesetengah orang. Ia seperti percutian musim panas.

Sistem mesti diubah. Lepas ini naturalisasi jangan bagi sebarang sebarang. Ia mesti dikawal dan dianalisis oleh pasukan teknikal skuad kebangsaan. Adakah pemain itu sesuai dengan gaya permainan kita?

“Sasaran realistik. Selangkah demi selangkah. Setiap langkah positif adalah bonus. Jika keputusan tidak baik, kita bekerja keras,” katanya.

Isu pemberian status naturalisasi kepada pemain as1ng untuk memperkuatkan skuad Harimau Malaya kini hang4t diperkatakan susulan prestasi kurang menyerlah Guilherme De Paula, Liridon Krasniqi dan Mohamadou Sumareh pada kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai.

Sudah baca artikel?Apa pendapat anda?Jangan lupa like dan share ya..Terima Kasih!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*