Dipilih ke Euro 2020 Menyebabkan Penyerang Belanda Menitiskan Air Mata

Dipilih ke Euro 2020 Menyebabkan Penyerang Belanda Menitiskan Air Mata

Bermain untuk pasukan kebangsaan adalah impian setiap pemain bola sepak, apatah lagi beraksi dalam kejohanan besar seperti di Euro. Jika dipilih oleh jurulatih, pasti ia akan menjadi detik yang paling menggembirakan dan mampu menitiskan air mata jantan seseorang pemain itu.

Itulah yang berlaku kepada p3nyer4ng Belanda, Wout Weghorst, selepas mendapat tahu dia dipilih jurulatih Belanda, Frank de Boer.

Weghorst ketika itu baru sahaja tamat perlawanan buat kelabnya, Wolfburg di Bundesliga dan musim ini boleh dikatakan musim yang cemerlang buat pasukan tersebut di mana mereka berjaya m3nam4tkan saingan liga di tangga keempat, sekaligus layak ke Liga Juara-Juara UEFA pada musim hadapan.

Dalam temubual bersama wartawan selepas perlawanan, Weghorst yang masih lagi menyambut berita kejayaan pasukannya ke pentas Eropah, ditanya tentang perasaannya dipilih untuk bersama skuad Belanda ke Euro.

Maka terjadilah detik yang sungguh emosional dan mampu menitiskan air mata jantan kepada sesiapa sahaja yang menonton.

Sebaik sahaja wartawan menyebut tentang pasukan Belanda, Weghorst dilihat terus beremosi.

Dan ada satu lagi berita baik buat awak selepas awak dicalonkan untuk skuad Belanda. Jadi mungkin inilah langkah pertama untuk beraksi di Kejohanan Eropah saya rasa.

“Apa pendapat awak pasal tu?” Wartawan tersebut bertanya kepada Weghorst.

Weghorst dilihat cuba menjawab, namun pada masa yang sama dia sedaya upaya cuba menahan sebak dan hanya mampu menjawab “Ya” sahaja, lantas mengelap hidung dengan lengan baju dan buat-buat lud4h nak cover menangis tu.

Melihat keadaan tak tentu arah Weghorst, wartawan boleh pula tanya, “Emosional?”

Lalu Weghorst buat-buat tengok kelkatu di atas pula, sambil mengelap air mata.

Melihatkan dia tidak mampu menahan sebak, maka wartawan pun cakap,”Memang impian awak untuk ke sana kan?” bagi meredakan keadaan.

Ketika ini barulah Weghorst mampu menjawab,”Ya, saya gembira pasal tu.”

Weghorst ternyata sangat gembira dengan pemilihan ini selepas banyak kali mencuba. Nampak lah semangat patriotik yang tinggi dalam jiwanya.

Berusia 28 tahun, Weghorst telah menjaringkan 20 gol dan 9 bantuan gol dalam 34 perlawanan pada musim ini. Rekod ini ternyata cukup baik bagi seorang penyerang tengah dan tidak dipandan sepi oleh Frank de Boer.

Lagipun, Weghorst mempunyai rekod yang cukup membanggakan selain menjaringkan gol sahaja. Dia turut muncul sebagai penyerang yang melakukan jumlah tackle tertinggi dalam Bundesliga, selain menjadi titik pusat dalam melakukan tekanan kepada pihak lawan ketika memenangi bola.

Weghorst memulakan karier bola sepaknya bersama Emmen, kelab divisyen 2 Belanda. Mempunyai susuk badan tegap berketinggian 197cm, Weghorst banyak digunakan sebagai target man tradisional. Selepas dua musim dan menjaringkan 20 gol buat Emmen, Weghorst dipik4t Heracles Amino.

Juga selepas dua musim dan 20 gol, Weghorst mula merasai suasana Liga Divisyen 1 Belanda, Eredivise, dengan menyertai pasukan AZ Alkmaar. Tidak menoleh ke belakang lagi, Weghorst terus m3ner4jui jentera s3rang4n pasukan AZ dengan menggunakan fizikalnya yang tinggi untuk memenangi dan mengawal bola, selain menjaringkan banyak gol.

Selepas dua musim, dia berjaya menjaringkan 35 gol, lantas membuka mata beberapa kelab di luar Belanda untuk membelinya. Selepas mempertimbangkan beberapa tawaran, Weghorst akhirnya memilih untuk menyertai bekas juara Bundesliga musim 2009-10, VFL Wolfsburg pada 2018, dengan kontrak selama empat tahun.

Musim pertamanya menyaksikan dia cukup prolifik di depan gol di mana dia berjaya menjaringkan 17 gol dalam liga, sekaligus meletakkannya di tangga ketiga penjaring terbanyak Bundesliga musim 2018-19.

Kekal konsisten di musim berikutnya, Weghorst telah menjaringkan 16 gol liga da membawa Wolfsburg layak kepusingan kelayakan Liga Europa musim 2020-21. Akan tetapi, rezeki pasukan tersebut tidak panjang di mana mereka tew4s kepada wakil Greece, AEK Athens dalam perlawanan play-off t3rakh1r.

Namun, k3kecewa4n tersebut terus dilupakan dan Weghorst terus m3mbedil gol lawan pada musim 20-21 dan hasilnya dia berjaya membantu kelabnya layak ke kejohanan kelab yang paling berprestij di dunia – Liga Juara-Juara UEFA.

Bersama Belanda di Euro nanti, Weghorst bakal berdepan dengan pasukan Austria, Macedonia Utara dam juga Ukraine.

Andai dia mampu menggoncangkan gol lawan di pentas tertinggi Eropah itu, pasti kelab-kelab yang lebih besar akan memanggilnya. Jose Mourinho dikatakan berminat untuk membawanya ke AS Roma, dan pada masa yang sama, West Ham turut mahukan penyerang tinggi lampai ini.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share ya..Terima Kasih Banyak!

Sumber:Thesukan.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*