Ronaldo Bersedia Menghadadapi Kejohanan Lagi EURO 2020

Ronaldo Bersedia Menghadadapi Kejohanan Lagi EURO 2020

BUDAPEST: Ronaldo berkata hari ini dia tidak sabar menantikan permulaan Euro 2020 di depan penonton penuh dekat Puskas Arena menentang Hungary ketika dia bersedia mengetuai juara bertahan, Portugal mengulangi kejayaan sama.

Pada usia 36 tahun, Ronaldo dijangka akan mengemudi pasukannya di depan 68,000 penonton di ibu kota Hungary itu pada awal pagi Rabu ini yang sepatutnya menjadi perlawanan paling mudah Portugal dalam Kumpulan F yang suk4r disertai Jerman dan juara dunia, Perancis.

“Ia sempurna. Saya berharap setiap stadium boleh membenarkan penonton penuh. Ia hebat untuk mereka yang melihat dan pemain, tapi sedihnya ia bukan keputusan kami,” kata Ronaldo.

“Kami tahu pandemik ini mendatangkan kesan. Saya berharap boleh sentiasa bermain di stadium yang penuh.”

Portugal k3hil4ngan Joao Cancelo daripada skuad akibat COVID-19 apabila pertahanan kanan Manchester City itu diuji positif Ahad lalu namun Ronaldo berkata pasukan itu tidak bimbang dengan p4ndem1k berkenaan.

Kami tidak bercakap mengenai Covid kerana kami sudah bosan dengannya. Ia situasi yang menyedihkan tetapi kami fokus… Tiada apa menggentarkan kami… Kami hanya fokus bermain.

Kapten Portugal itu sudah bersedia menjadi pemain pertama bermain sekurang-kurangnya satu perlawanan dalam lima Kejohanan Eropah selain m3mburu satu lagi rekod.

Dia memerlukan hanya lima lagi gol untuk menyamai jaringan sepanjang zaman pemain Iran, Ali Daei dengan 109 gol antarabangsa, sesuatu yang boleh disasarkan jika Portugal mar4 lebih jauh. – AFP

Apa pendapat anda?Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share ya..Terima Kasih!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*