Atlet Renang Muda Yang Mempunyai Potensi Untuk Bersinar

Atlet Renang Muda Yang Mempunyai Potensi Untuk Bersinar

MASIH terlalu awal untuk melabelkan perenang muda negara Khiew Hoe Yean sebagai atlet yang bakal bersinar, bagaimanapun beliau merupakan perenang yang perlu diperhatikan potensinya pada tahun-tahun akan datang.

Itu antara penilaian Setiausaha Agung Persatuan Renang Malaysia (MS) Mae Chen terhadap perenang berasal dari Kuala Lumpur itu yang m3ncur1 perhatian pada Kejohanan Renang Terbuka Malaysia ke-63 di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil, hujung minggu lepas.

Hoe Yean menjadi bu4h mulut dalam kalangan perenang selepas berjaya mencatat dua rekod kebangsaan baharu iaitu pada acara 200 meter (m) kuak lentang dan 800m gaya bebas, yang bertanding secara solo, pada kejohanan tiga hari bermula Jumaat lepas itu.

Chen memuji prestasi Hoe Yean sebagai ‘luar biasa’ dan berkata banyak lagi yang akan dilakar perenang berusia 19 tahun itu.

Hoe Yean memecahkan dua rekod kebangsaan yang sangat hebat…sama ada beliau bintang yang bakal bersinar atau tidak, kita perlu lihat dahulu,” katanya ketika dihubungi.

Sabtu lepas, Hoe Yean memecahkan rekod kebangsaan berusia 23 tahun dalam acara 200m kuak lentang dengan mencatatkan 2:00.80 saat (s) untuk memadamkan rekod lama dipegang Alex Lim Keng Liat iaitu 2:00.94s, sekali gus membolehkan perenang itu mencatakan masa melepasi Masa Pemilihan Olimpik (OST) 2:01:03s.

Kemudian, beliau terus mempamerkan aksi mengagumkan dengan mencatat satu lagi rekod kebangsaan dalam acara 800m gaya bebas selepas merekodkan masa 8:06.00s untuk memadamkan rekod 8:09.77s yang dilakar Welson Sim pada kejohanan renang Terbuka Victoria pada Februari 2019.

Bukan hanya itu, perenang dari ibu kota itu turut membenamkan rekod kejohanan 8:12.11s oleh Srihari Nataraj dari India pada acara 800m gaya bebas pada 2019, selain berada di bawah OST pada 8:08.54s, menghampiri Masa Kelayakan Olimpik (OQT) pada 7:54.31s.

Remaja itu juga berada di bawah OST pada dua acara lain, melepasi set 1:50.23s pada acara lelaki 200m gaya bebas, memenangi acara itu dengan masa 1:49.38s untuk mengalahkan pemegang rekod Welson (1:50.64s) dan Low Zheng Yong (1:56.28s) yang masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga, serta m3new4skan satu lagi catatan OST 3:53.58s apabila mengetepikan Welson untuk memenangi acara 400m gaya bebas dengan masa 3:51.56s.

untuk memenangi acara 400m gaya bebas dengan masa 3:51.56s.

Hanya perenang yang telah mencapai OQT dalam acara masing-masing sebelum 27 Jun, mengesahkan tempat mereka ke Olimpik Tokyo, Jepun yang akan diadakan pada 23 Julai hingga 8 Ogos.

Perenang juga boleh layak menerusi OST, berdasarkan kepada penyertaan universal, iaitu negara yang tidak mempunyai atlet yang layak ke Olimpik, dibenarkan untuk menyertainya dengan seorang perenang lelaki dan seorang wanita untuk Sukan Olimpik Tokyo.

Sementara itu, Chen gembira melihat acara itu yang disebut-sebut sebagai peluang terakhir untuk perenang Malaysia layak ke Tokyo, berjalan lancar dan berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Sukan Negara (MSN) yang berjaya mendapat lampu hijau daripada kerajaan untuk menganjurkan kejohanan itu.

“Kejohanan ini amat penting buat kita kerana kali terakhir kita mengadakan kejuaraan ialah 14 bulan lepas…jadi tiada pertandingan renang yang sebenar melainkan latihan kuarantin yang dijalankan di Pusat Akuatik Nasional,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih pasukan renang negara Chris Martin berkata keazaman Hoe Yean dalam latihan membuahkan hasil walaupun beliau terpaksa menjalani latihan dalam keadaan suk4r berikutan situasi pand3m1k di negara, dengan m3mec4hkan dua rekod kebangsaan baharu dalam Terbuka Malaysia itu.

Jurulatih dengan pengalaman latihan lebih 30 tahun turut bersyukur melihat perenang di bawah kendaliannya berusaha keras untuk mencapai sesuatu, walaupun mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman bertanding untuk tempoh yang lama.

“Perasaan saya ialah mereka melakukan yang terbaik…beberapa perenang benar-benar mempunyai prestasi baik dan saya rasa mereka telah menunjukkan keberanian di dalam kolam renang,” katanya. -Bernama

Apa pendapat anda tentang artikel ini?Sila like dan share..Terima Kasih!

Sumber:sinarharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*