MOM memberi Geran Bantuan Bernilai RM382,000

MOM memberi Geran Bantuan Bernilai RM382,000

KUALA LUMPUR: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menyerahkan geran berjumlah RM382,000 pada minggu ini, bagi membantu 54 ahli gabungannya yang t3rjej4s agar dapat bertahan ketika pandemik COVID-19.

Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau meminta Jawatankuasa Pengurusan Amanah untuk Kumpulan Wang Amanah MOM mempertimbangkan pakej bantuan keempat kepada semua persatuan sukan kebangsaan di bawah naungan pihaknya.

Katanya, langkah yang diambil itu kerana menyedari cabaran dihadapi susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi kr1sis COVID-19 yang tidak terduga.

“Saya berterima kasih kepada ahli Jawatankuasa Pengurusan Amanah untuk Kumpulan Wang Amanah MOM kerana meluluskan inisiatif penting ini bagi manfaat ahli gabungan. Ini menunjukkan solidariti dan komitmen kita ketika dalam kesukaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Norza yang juga pengerusi jawatankuasa berkenaan berkata dana itu bertujuan meringankan perbelanjaan pentadbiran persatuan sukan kebangsaan pada saat pembatalan dan ketidakupayaan menganjurkan kejohanan khususunya yang mempengaruhi aliran pendapatan.

Bantuan COVID-19 pertama MOM adalah berjumlah RM300,000 disalurkan pada April tahun lepas diikuti bantuan kedua juga RM300,000 disalurkan pada Oktober.

– BERNAMA

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share ya..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*