‘Freekick’Messi Apabila Bertemu Chile Menarik Perhatian Peminat Sedunia

‘Freekick’Messi Apabila Bertemu Chile Menarik Perhatian Peminat Sedunia

Lionel Messi berjaya menjaringkan gol menerusi sepakan percuma yang cukup cantik dan menakjubkan untuk Argentina ketika bertemu Chile dalam saingan Copa America.

Messi tampil mengambil sepakan percuma pada aks1 babak pertama permainan, dan menjaringkan gol dari kesempatan tersebut.

Ia merupakan sepakan percuma lenc0ng yang sungguh menakjubkan mencari sudut atas gawang gol m3new4skan penjaga gol Chile.

Messi menunjukkan ketenangan dan pengalamannya dengan menggunakan kelebihan kaki kiri beliau untuk mengambil sepakan percuma itu.

Beliau tenang melencongkan bola melepasi benteng yang dibina oleh Chile seterusnya m3nggeg4r jaring gawang gol lawan.

Gol tersebut merupakan gol ke-73 Messi bersama Argentina dan terus membuktikan beliau merupakan nadi utama untuk skuad kendalian Lionel Scaloni.

Pemenang enam kali gelaran Ballon D’or itu telah terlibat dengan 124 gol untuk Argentina dari 151 penampilan.

Apa yang menariknya lagi, gol hasil sepakan percuma itu merupakan gol pertama Messi yang dijaringkan bukan dari sudut sepakan penalti untuk Argentina dalam perlawanan kompetetif sejak aksi Piala Dunia 2018 bertemu Nigeria.

Kali terakhir Lionel Messi menjaringkan gol terus melalui sudut sepakan percuma bersama skuad Argentina adalah pada 2016 yang lalu, ketika bertemu Colombia.

Beliau telah mencatatkan statistik yang sungguh mengagumkan dalam perlawanan ini, namun ia tidak cukup untuk memberikan kemenangan kepada Argentina.

Messi merupakan pemain yang paling banyak mencipta peluang (5) dalam perlawanan ini dan juga paling banyak mencipta peluang keemasan (2) dari semua pemain yang beraksi atas padang.

Gol cantik lagi indah dan menakjubkan jaringan Lionel Messi tular di media sosial dengan para peminat benar-benar terpukau dengan jaringan itu.

Sepakan percuma Messi dah macam sepakan penalti, peratusan untuk gol itu terlalu tinggi.”

“Sepakan percuma yang sungguh cantik, letak penjaga gol terhebat dunia pun belum tentu boleh selamatkan bola itu.”

“Messi hanya melakukan rutin harian dia, terlalu mudah untuk dia menjaringkan gol dari sudut seperti itu.”

Begitulah antara komen-komen dari para peminat yang terpukau dengan gol jaringan Lionel Messi yang membawa Argentina untuk mendahului permainan dalam saingan Copa America.

Gol ke-73 sepanjang kariernya, dan beliau juga berjaya mengatasi rekod Gabriel Batistuta sebagai penjaring terbanyak Argentina dalam perlawanan kompetetif dengan menjaringkan 39 gol.

Namun sayangnya, gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Lionel Messi berjaya d1pad4mkan oleh Eduardo Vargas untuk Chile mengikat Argentina 1-1.

Argentina akan menyambung kempen Copa America tahun ini dengan bertemu Uruguay pada hujung minggu nanti.

Sementara Chile pula, selepas kejayaan mereka mengikat Argentina, mereka bakal turun beraksi bertemu Bolivia pada Jumaat ini.

Sudah baca artikel ini?Apa pendapat anda dengan jaringan Messi?Jangan lupa like dan share yah bagi yang peminat setia tu..Terima Kasih!

Sumber:thesukan.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*