Pemain Pertama Yang Bakal Beraksi Di Lima Euro

Pemain Pertama Yang Bakal Beraksi Di Lima Euro

KAPTEN Portugal, Cristiano Ronaldo bakal melakar sejarah tersendiri dengan muncul selaku pemain pertama yang beraksi dalam lima edisi Euro sejak 2004 lalu pada aks1 berdepan Hungary pada saing4n Kumpulan F Euro 2020 di Puskas Arena, Budapest, pada awal pagi Khamis.

Justeru menurut pemain berusia 36 tahun itu, dia begitu teruja dan tidak sabar untuk beraksi pada perlawanan berkenaan yang dijangka turut dihadiri seramai 68,000 penyokong Hungary.

Katanya, tampil dengan reputasi selaku juara bertahan, turut menguatkan semangatnya untuk mempamerkan aksi cemerlangnya bagi skuad The Selection itu.

“Saya tidak sabar untuk beraksi pada perlawanan ini nanti. Saya kini bukanlah pemain yang sama seperti 18 tahun lalu, 10 tahun lalu, lima tahun lalu dan seterusnya.

“Sejak berusia 18 sehingga berusia 36 tahun kini, saya telah belajar untuk menyesuaikan diri dan hasilnya saya seringkali telah memenangi pelbagai anugerah termasuk trofi Euro edisi 2016 lalu.

“Saya kini lebih matang. Jika ada pemain yang mahu beraksi untuk tempoh yang lama, dia perlu mempelajari bagaimana untuk menyesuaikan diri,” katanya.

Untuk rekod, debut Ronaldo pada Euro edisi 2004 turut menyaksikan pemain berkenaan menjaringkan gol saguhati pada masa k3ced3ra4n ketika berdepan Greece yang menyaksikan Portugal tew4s 1-2.

Sementara itu Ronaldo berharap rakan-rakan sepasukannya tidak terkesan dengan situasi p4ndem1k Covid-19 yang melanda dunia pada ketika ini.

Malah katanya, biarpun kehilangan khidmat pemain pertahanan, Joao Cancelo yang dis4hkan positif Covid-10, namun persiapan pasukan tetap berjalan seperti biasa bagi mengharungi aksi berdepan Hungary.

“Kami tahu seluruh dunia kini dil4nda pandemik Covid-19 tetapi kami tidak memperkatakan mengenainya kerana kami sudah bosan dengannya.

“Kami sedar, ia satu keadaan yang menyedihkan tetapi kami akan terus fokus untuk beraksi dan tidak ada apa yang dapat menghalang kami.

“Bagi saya, pasukan ini sudah cukup bersedia dari segi fizikal, mental dan juga emosi untuk Euro kali ini,” katanya.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share ya kegigihan seorang pemain ini..Terima Kasih!

Sumber:sinarharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*