Wan Kuzain Pemain Berdarah Malaysia Yang Berpengkalan di Amerika Syarikat Pilih Untuk Mewakili Malaysia

Wan Kuzain Pemain Berdarah Malaysia Yang Berpengkalan di Amerika Syarikat Pilih Untuk Mewakili Malaysia

Mungkin ini merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat bola sepak Malaysia. Bapa Kepada Wan Kuzain, Wan Kamal telah mengesahkan anaknya itu berhasrat untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi satu komen di Facebook di mana pemain b3rdar4h Malaysia yang berpengkalan di Amerika Syarikat (AS) itu telah bercakap dengan ibunya untuk membantu Malaysia di peringkat antarabangsa.

Wan Kuzain ketika ini beraksi cemerlang bersama kelab baharunya Rio Grande Valley di Kejuaraan USL. DAlam tujuh perlawanan setakat ini, beliau telah menyumbang dua gol dan membantu pasukannya kekal di tangga teratas kumpulan Western Conference Mountain.

Terbaharu, jaringan tunggalnya memastikan Toros m3new4skan Real Monarch dan beliau telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Sebelum ini pemain berusia 22 tahun itu memuat naik satu emoji misteri sambil berkongsi pengumuman Persatuan Bola Sepak Malaysia yang mengesahkan Dion Cools sebagai pemain ke-26 yang akan menyertai pasukan negara untuk menghadapi pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Maka perkembangan terbaharu ini telah menjawab persoalan mengenai emoji tersebut dan tentunya Persatuan Bola Sepak Malaysia akan mengambil tindakan lanjut bagi membawa pemain muda berbakat itu bersama skuad negara dalam tugasan antarabangsa pada masa akan datang.

Wan Kuzain sebelum ini belum pernah dipanggil menyertai pasukan senior kebangsaan, namun pernah menerima panggilan pasukan B-23 negara di bawah kendalian Ong Kim Swee.

Beberapa m@salah termasuk hal dokumentasi menyebabkan pemain itu tidak dapat bersama pasukan negara menghadapi kempen Sukan SEA 2019 di Filipina.

Apa pendapat anda?Jangan lupa like dan share ya..Terima Kasih!

Sumber:thesukan.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*