Lepas Ronaldo Tepikan Botol Coca cola,Paul Pogba Pula Alihkan Botol Heineken

Lepas Ronaldo Tepikan Botol Coca cola,Paul Pogba Pula Alihkan Botol Heineken

Semalam, kita digemparkan dengan tindakan agak k0ntr0versi bintang bola sepak Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol Coca Cola dari atas mejanya. Lalu pemain bola Portugal itu mengangkat sebuah botol mineral dan berkata “aqua” yang bermaksud air dalam bahasa Portugis.

Kurang 24 jam selepas itu, pemain tengah Perancis, Paul Pogba turut melakukan aksi yang lebih kurang sama, tapi kali ini dengan botol Heineken.

Dalam sebuah sidang media selepas Perancis menewaskan German di Munich’s Allianz Stadium, Pogba dilihat mengalihkan botol Heineken yang berada di atas meja. Pogba bertindak mencapai botol bir tersebut dan meletakkannya di bawah meja, menjauhi pandangan lensa kamera.

Heineken merupakan penaja rasmi bir untuk Euro 2020. Sementara Pogba yang merupakan seorang Muslim tidak minum minuman b3ralk0hol dan bertindak mengalihkan botol itu.

Sebelum sidang media tersebut berlansung, Perancis berjaya m3new4skan German dengan satu gol berbalas kosong, hasil jaringan tunggal Mats Hummels di gol sendiri.

Sudah baca artikel ini?Mohon di share oleh saudara sekalian..Terima Kasih Banyak!

Sumber:siakapkeli.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*