De Paula Diberi Kesempatan Pulih Nama Baiknya

De Paula Diberi Kesempatan Pulih Nama Baiknya

Johor Bahru: Persembahan kurang m3mber4ngs4ngkan pemain naturalisasi, Guilherme De Paula ketika bersama Harimau Malaya bakal ditebus selepas dia tersenarai dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) mengharungi kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) di Bangkok, Thailand bermula Selasa ini.

De Paula yang d1krit1k hebat peminat bola sepak tanah air ketika kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai bakal diberikan kepercayaan pengendali Harimau Selatan, Benjamin Mora untuk mengharungi kempen Kumpulan G menentang tiga kelab ternama Asia iaitu Nagoya Grampus dari Jepun, Ratchaburi FC (Thailand) dan Pohang Steelers (Korea Selatan).

Mora berkata, De Paula akan memberi sokongan kepada penyerang import, Bergson Da Silva dan kehadirannya mampu mengimbangi kekuatan barisan serangan JDT.

“Sama ada De Paula akan d1turunk4n dalam kesebelasan akan ditentukan nanti kerana kita akan mengharungi enam perlawanan yang menyaksikan jadual juga tampak begitu padat.

“Saya juga ada banyak pilihan di posisi serangan tatkala persembahan Syafiq (Ahmad) ketika bersama skuad kebangsaan tampak menyerlah malah kelibat Ahmad Hazwan (Bakri) juga dalam sesi latihan untuk persiapan ACL begitu membanggakan,” katanya.

Mengulas mengenai ketiadaan ayam tambatan, Gonzalo Cabrera di dalam senarai 30 pemain yang akan ke Bangkok, Mora m3neg4skan pihak kejurulatihan mengambil keputusan untuk mendaftarkan pemain import Asia baharu, Shane Lowry bagi membantu Mauricio dos Santos di posisi pertahanan.

Katanya, ketiadaan Cabrera di posisi sayap kiri tidak merisaukan skuad Harimau Selatan memandangkan pasukan itu memiliki banyak pilihan mengisi kekosongan di posisi berkenaan.

“Kami ada banyak pilihan yang baik di posisi sayap seperti Safawi, Ariff Aiman, Sumareh, Ahkyar dan Ramadhan yang mampu beraksi di posisi sayap kiri. Malah kelibat Leandro amat diperlukan untuk mengemudi jentera tengah,” tambah Mora.

Agak menarik Mora juga turut memberi kepercayaan kepada tiga pemain Johor Darul Ta’zim II (JDT II) buat pertama kali beraksi di pentas ACL selepas menyenaraikan Feroz Baharudin, Chia Ruo Han dan Firdaus Ramli.

“Aksi m3mber4ngs4ngkan ketiga-tiga pemain itu ketika sesi latihan dan ketika beraksi bersama JDT II dalam saingan Liga Perdana membanggakan dan pastinya mereka akan mendapat pengalaman yang berharga bersama skuad utama mengnarungi kempen ACL,” kata Mora

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share ya..Terima Kasih Banyak!

Sumber:hmetro.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*