Neymar Menangis Terkenang P3rtuduhan Setelah Brazil Mara Ke Pusingan Kalah Mat1

Neymar Menangis Terkenang P3rtuduhan Setelah Brazil Mara Ke Pusingan Kalah Mat1

RIO DE JANEIRO: Neymar yang hiba mencetuskan inspirasi kepada tuan rumah, Brazil untuk muncul pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati Copa America selepas menang 4-0 ke atas Peru di sini, hari ini.

Gol daripada Alex Sandro, Neymar, Everton Ribeiro dan Richarlison memberikan kemenangan kesembilan berturut-turut dan enam mata daripada dua perlawanan dalam Kumpulan B dengan Peru terperosok ke kedudukan tercorot.

“Ia emosional buat saya kerana banyak perkara yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini yang sukar dan merumitkan,” kata Neymar sambil menitiskan air mata.

Sebagai rekod, dia terlepas daripada menjulang Copa America yang dimenangi Brazil pada edisi dua tahun lalu susulan kecederaan selain berdepan tudvhan r0Go1 yang digugurkan ak1bat kekurangan bukti.

Gol ke-68 buatnya dalam 107 perlawanan bersama Brazil turut meletakkan dia kini hanya sembilan gol daripada rekod yang dilakar legenda terhebat mereka, Pele.

“Satu penghormatan kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Brazil. Secara jujurnya, impian saya adalah untuk beraksi bersama Selecao, menyarung jersi ini.

“Saya tidak pernah membayangkan dapat mencapainya (jumlah gol),” katanya.

Sementara itu, Venezuela berjaya bertahan daripada tekanan yang diberikan tetangga, Colombia untuk mengutip mata pertama selepas terikat tanpa jaringan di Goiania.

Penjaga golnya, Wuilker Farinez menyelamatkan beberapa percubaan untuk menafikan Colombia sebelum jaringan lewat Miguel Borja dibatalkan kerana ofsaid.

Colombia yang melakukan 23 percubaan pada aksi itu menamatkan perlawanan dengan 10 pemain selepas Luis Diaz dibvang padang pada masa kec3d3raan. – AFP

Sudah baca artikel ini?jangan lupa untuk like dan share ya.Terima kasih.

Sumber:bhharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*