Adakah Nor Azam Azih Pemain Yang Harus Ada Dalam Harimau Malaya?

Adakah Nor Azam Azih Pemain Yang Harus Ada Dalam Harimau Malaya?

Hero tak didendang dalam kemenangan tipis Harimau Malaya ke atas Thailand dalam perlawanan terakhir kelayakan Piala Dunia, tentunya pemain tengah, Nor Azam Azih.

Walaupun pemain sayap m3ny3rang, Safawi Rasid yang telah m3ledak gol menerusi sepakan penalti, namun peranan yang dimainkan oleh Nor Azam Azih di jentera tengah tetap wajar diberikan pujian kerana kita memang ‘tercari-cari’ sentuhan di tengah.

Dalam empat aksi sebelum itu jelas skuad negara memerlukan pemain tengah yang menghidupkan posisi tersebut. Bermula dengan k3hilang4n Brendan Gan, pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe tampak mencari p3ngemud1 pasukannya.

Kembalinya Brendan Gan dalam perlawanan berdepan Vietnam juga hanya seketika menampakkan sinar sebelum beliau di1persal4hkan untuk Naga Emas dihadiahkan sepakan penalti dalam 10 minit yang terakhir, untuk gol kemenangan Vietnam.

Jelas sekali prestasi Brendan Gan bukanlah seperti ketika beliau m3ngemudi jentera tengah dalam tahun 2019. Mengambil kira sudah lama skuad negara tidak beraksi, pemain box-to-box skuad negara itu jelas b3rg3lut sebagaimana pemain lain.

Tetapi, dalam aksi berdepan Thailand, Nor Azam Azih berjaya memperbaiki prestasi yang dipamernya ketika t3was 0-4 kepada UAE sebelum itu. Beliau mengekalkan ketepatan hantarannya iaitu lebih 85 peratus. Tetapi, ada yang telah berubah.

Aspek yang diperbaikinya adalah jumlah hantaran jauh. Dengan memiliki peratus hantaran tepat tinggi, kali ini Nor Azam Azih tampil membuat ‘extra’ hantaran jauh. Lapan hantaran jauh telah dilakukannya dengan enam daripadanya tepat.

Berbanding berdepan UAE, beliau hanya membuat dua kali hantaran jauh yang tepat kepada rakan sepasukan. Servis ini yang diperlukan oleh skuad negara terutamanya di jentera serangan. Jika beliau ‘hidup’ jentera s3rang4n juga akan nampak ‘hidup’.

Selain itu, beliau juga memperbaiki dari aspek percubaan tepat dan juga key passes. Bertemu UAE, hanya satu key passes dihasilkan sementara tiada langsung percubaan tepat. Bertemu Thailand, tiga key passes dan satu percubaan tepat dihasilkannya.

Syamer Kutty Abba mengambil alih posisinya berdepan Vietnam, namun m4sal4h utama adalah beliau adalah pemain yang agak defensif berbanding seorang playmaker untuk pasukan. Selepas dik3luarkan, Brendan Gan mengambil alih peranannya.

Dan Brendan Gan bukanlah pemain yang sesuai untuk peranan sepertinya. Beliau lebih banyak k3hilang4n bola dan gag4l dalam tujuh perebutan bola yang beliau terlibat.

Berbanding Nor Azam Azih, beliau menang hampir semua p3rebut4n bola di bawah dalam aks1 berdepan UAE dan Thailand. Beliau belajar daripada kesilapan yang menyebabkan beliau telah ‘direhatkan’ oleh Cheng Hoe untuk berdepan Vietnam.

Tiga tahun lalu, bekas pemain skuad negara, Serbegeth Singh pernah m3neg4skan yang Nor Azam Azih adalah pemain tengah terbaik yang dimiliki oleh negara ketika ini dan Cheng Hoe harus mula menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan.

Menurutnya yang bercakap kepada Berita Harian, “Saya percaya kemahiran yang ada pada Nor Azam [Azih], dia boleh melakukan hantaran dengan baik dan akan menjadi penghubung antara tengah dan serangan. Jadi Tan Cheng Hoe perlu memanggilnya.”

Nor Azam Azih adalah antara tonggak penting skuad B-23 yang beraksi cemerlang melakar sejarah melayakkan diri sehingga ke pusingan suku akhir Kejohanan AFC B-23. Beliau juga berhasil membantu skuad B-23 meraih pingat perak di Sukan SEA 2017.

Cuma, Cheng Hoe perlu memikirkan kombinasi terbaik untuk bersamanya di jentera tengah dan sebagaimana dalam aksi berdepan UAE, Liridon Krasniqi bukanlah kombinasi yang baik untuk bersamanya di jentera tengah skuad Harimau Malaya.

Apa pendapat anda?Mohon komen dan share yah..Terima Kasih Banyak!

Sumber:semuanyabola.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*