Jaringan Christiane Ronaldo Membuat Penonton Terpikat

Jaringan Christiane Ronaldo Membuat Penonton Terpikat

MUNICH: Cristiano Ronaldo membuatkan penonton di Allianz Arena di sini, terpukau menerusi larian pantasnya bagi menjaringkan gol pertama Portugal ketika m3n3ntang Jerman.

Pemain berusia 36 tahun itu membuktikan usia hanyalah nombor apabila menjaringkan gol menerusi s3rang4n balas pantas. Walaupun Portugal t3was 2-4 dalam perlawanan itu, namun gol Ronaldo m3ncuri tumpuan dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat.

Ronaldo hanya memerlukan 14.2 saat untuk berlari dari kotak penalti Portugal ke kotak p3nalti Jerman sebelum menjaringkan gol m3new4skan Manuel Neuer yang juga gol pertamanya berdepan Jerman.

Gol itu terhasil selepas dia menerima hantaran daripada Diogo Jota. Biarpun Portugal tewas namun peminat menyifatkan usaha ditunjukkan Ronaldo itu sangat luar biasa.

Ronaldo (kanan) membuktikan usia hanyalah nombor apabila menjaringkan gol menerusi s3rang4n balas pantas.

Ronaldo hanya memerlukan 14.2 saat untuk berlari dari kotak penalti Portugal ke kotak penalti Jerman sebelum menjaringkan gol.

Pelbagai reaksi peminat berhubung jaringan Ronaldo itu dengan ada yang menganggap ia adalah gol mudah tetapi segelintir lagi mempertahankan bintang Juventus itu kerana usahanya bagi menjaringkan gol.

“Orang anggap ia tolakan mudah tetapi kerja kerasnya bagi berada di kedudukan itu apatah lagi bertemu Jerman,” kata seorang peminat di Twitter.

Seorang lagi peminat turut bersetuju dan berkata: “Ramai orang akan menganggap ia tolakan mudah daripada Cristiano Ronaldo tetapi dia berhak mendapat pujian di atas usahanya.” – AGENSI

Sudah baca artkel ini?Jangan lupa like dan share yah..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*