Manchester United Risau Kehilangan Pogba

Manchester United Risau Kehilangan Pogba

London: Manchester United meluahkan kebimbangan akan kehilangan Paul Pogba dan meninggalkan Old Trafford selepas perbincangan untuk kontrak baru bernilai £89 juta (RM508.5 juta) menemui jalan buntu.

Manchester United mula dih4ntui rasa tidak tenteram apabila memikirkan Pogba tidak mahu melanjutkan kontraknya dan m3n1nggalkan kelab itu secara percuma sekali lagi.

Pegawai kelab kini t3rdes4k meyakinkan pemain tengah bernilai RM508.5 juta itu menandatangani kontrak baru musim pan4s ini selepas did3sak untuk menyambung kontrak bagi tempoh 12 bulan mengikut perjanjian ketika ini.

Namun usaha mereka untuk meyakinkan Pogba dan ejennya Mino Raiola untuk bersetuju dengan perjanjian baru itu menemui jalan buntu.

Pogba berkata: “Saya masih mempunyai kontrak selama satu tahun lagi, setiap orang mengetahuinya.

“Belum ada tawaran yang konkrit. Kami t4matk4n musim ini seperti yang saya katakan ada final Liga Europa (United t3was kepada Villarreal menerusi penalti) dan kemudian kami habiskan cuti.

“Kami masih belum berbincang. Saya masih di United, apa yang ada dalam pemikiran saya ketika ini hanyalah Euro.

“Saya mempunyai lebih sedikit pengalaman berbanding sebelum ini. Saya benar-benar mahu menumpukan perhatian sekarang ini kepada Euro.

“Apa saja mengenai kelab ketika berada dalam pertandingan seperti ini, saya akan elak. Itu sebab saya ada ejen dan dia akan menguruskannya.”

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa like dan share ya..Terima Kasih Banyak!

Sumber:hmetro.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*