Pertemuan Kali Pertama Malaysia-Thailand Di Pentas ACL,JDT v Ratchaburi

Pertemuan Kali Pertama Malaysia-Thailand Di Pentas ACL,JDT v Ratchaburi

Thailand merupakan antara negara Asean yang kerap b3rsa1ng di pentas tertinggi AFC Champions League (ACL), namun belum pernah b3rt3ntang mata dengan Malaysia.

Malaysia baru tiga tahun terkini konsisten menghantar wakil iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT). Dalam tahun pertama JDT, mereka diletakkan bersama wakil daripada China, Shandong Luneng, Kashima Antlers (Jepun) dan Gyeongnam FC (Korea Selatan).

Tahun kedua, JDT diundi dalam kumpulan bersama Guangzhou Evergrande (China), Vissel Kobe (Jepun) dan Suwon Samsung Bluewings (Korea Selatan). Begitupun, Harimau Selatan hanya sempat bermain dalam dua perlawanan sahaja.

Selepas itu, p4ndem1k COVID-19 m3landa dunia seterusnya menyebabkan JDT telah terpaksa m3narik diri daripada menyertai kejohanan tersebut yang diadakan semula secara setempat di Qatar, atas sebab larang4n perjalanan oleh pihak kerajaan.

Bagaimana prestasi JDT berdepan wakil China, Jepun dan Korea Selatan dalam dua edisi sebelum ini? Mereka telah merekodkan dua kemenangan iaitu ke atas Kashima Antlers (1-0) dan Suwon Samsung Bluewings (2-1), kedua-duanya di laman sendiri.

Bakinya, mereka seri sekali dan k4lah sebanyak lima kali. Ia bukanlah rekod yang baik, namun, berdepan dengan pasukan-pasukan elit Asia, dua kemenangan itu sudah cukup membuktikan yang JDT sebenarnya mampu memberikan saingan.

Bakal berdepan wakil Thailand buat kali pertama di peringkat kumpulan ACL, apa yang mampu JDT berikan? Untuk rekod, sebelum berjaya melangkah ke peringkat kumpulan ACL, JDT sudah beberapa kali berdepan wakil Thailand di pusingan kelayakan ACL.

Empat tahun wakil Malaysia, JDT berdepan wakil Thailand dan apakah nasib mereka?

Pada 2015, JDT tumb4ng 0-3 kepada Bangkok Glass di pusingan kedua kelayakan sebelum turun untuk b3rsa1ng di Piala AFC dan seterusnya memenangi kejohanan tersebut buat kali pertama. Walaupun gag4l, trofi Piala AFC adalah tonik terbaik.

Tahun berikutnya, mereka berjaya mengikat naib juara Thai Premier League (kini Thai League 1), Muangthong United dengan keputusan tanpa jaringan sehingga ke masa tambahan sebelum JDT akhirnya tumpas 0-3 menerusi sepakan penalti.

Edisi 2017, di pusingan kedua kelayakan, JDT akhirnya menang menerusi sepakan penalti dan kali ini kepada Bangkok United dengan keputusan 5-4. Dalam aksi yang diheret sehingga ke masa tambahan, kedua-dua pasukan terikat dengan 1-1.

Dan pada 2018, mereka bertembung sekali lagi dengan wakil Thailand, Muangthong United di pusingan kedua kelayakan, namun kali ini, Harimau Selatan t3was dengan keputusan lebih besar iaitu 2-5 dalam aksi yang berlangsung di Bangkok.

Ini merupakan edisi pertama buat Ratchaburi Mitr Phol dalam pentas tertinggi saingan di Asia. Mereka layak ke ACL selepas menduduki kedudukan ke-4 Thai League 2020/21 selepas tamat pusingan pertama saingan liga yang melibatkan 15 perlawanan.

Ratchaburi tiada pengalaman di saingan Asia termasuklah di Piala AFC. Ini kerana, sepanjang bersaing di pentas tertinggi liga sejak 2013, mereka hanya m3nam4tkan musim di kedudukan pertengahan – tertinggi adalah ke-4 pada musim 2014.

Jadi, mungkin inilah peluang buat JDT untuk merekodkan dua kemenangan, jika berdasarkan prestasi dan pengalaman pasukan dijadikan ukuran. Namun, dengan beraksi di tanah air mereka sendiri, Ratchaburi juga boleh menghadirkan ancam4n.

Cabaran buat JDT mungkin hadir menerusi pemain yang pernah beraks1 di pentas UEFA Champions League 2010/11 bersama Auxerre iaitu pemain sayap dan kapten mereka, Steeven Langil. Beliau adalah arkitek dan penjaring gol buat The Dragon.

Mereka juga ada tarikan untuk penyokong turun ke stadium iaitu pemain baharu yang juga seorang pelakon, Phakin Khamwilaisak atau nama glamornya Tono. Mungkin beliau lebih kepada tarikan untuk para penyokong hadir ke Stadium Mitr Phol.

Apa pendapat anda?Mohon komen dan share pendapat anda yah..Terima Kasih Banyak!

Sumber:semuanyabola.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*