Santos Dan Carbera Dijangka Dapat Perkuat Harimau Malaya

Santos Dan Carbera Dijangka Dapat Perkuat Harimau Malaya

KUALA LUMPUR: Dua lagi pemain yang dijangka menjadi pemain naturalisasi seterusnya iaitu Gonzalo Cabrera dan Endrick Dos Santos disifatkan mampu menambahkan lagi kekuatan skuad Harimau Malaya.

Situasi itu diakui pengendalinya, Tan Cheng Hoe yang menjelaskan dua pemain itu berada dalam perancangan mereka untuk masa depan khususnya selepas Harimau Malaya akan mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia 2023, tahun depan.

“Ya, itu (dua lagi pemain naturalisasi) sebahagian daripada perancangan kita dan kita tahu kemungkinan kedua-dua pemain itu dapat membantu skuad kebangsaan.

“Bagaimanapun, kita perlu duduk dan bincangkan apa keperluan pemain untuk masa depan

“Buat masa ini, perancangan terdekat kita adalah kita dapat menyusun jadual perlawanan persahabatan pada bulan September supaya kita tidak ketinggalan apabila b3rsa1ng ke kelayakan Piala Asia 2023 nanti,” katanya.

Ketika ini, Malaysia memiliki tiga pemain naturalisasi iaitu Mohamadou Sumareh, Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula namun Liridon dan de Paula masih ‘hijau’ kerana baru b3raksi buat negara pada baki kempen Kelayakan Piala Asia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai.

Sementara itu, ‘pentas uji bakat’ untuk skuad kebangsaan kembali dibuka apabila saingan Liga Malaysia (Liga M) dijadual bersambung pada bulan depan selepas berehat hampir dua bulan untuk aksi antarabangsa.

Justeru, ia seharusnya menjadi peluang keemasan untuk semua pemain bagi ‘memancing’ minat barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya sekali gus merebut slot untuk mengharungi pusingan kelayakan Piala Asia 2023.

Untuk itu, Cheng Hoe menjelaskan ‘pintu’ ke skuad kebangsaan tidak pernah ditutup buat mana-mana pemain meskipun ada d4kwaan yang beranggapan Cheng Hoe sudahpun memiliki set pemain sendiri.

“Kita sentiasa memberi peluang kepada setiap pemain kerana kita tahu kemampuan dan impian mereka untuk bermain bersama skuad kebangsaan. Mereka perlu bekerja keras dan berlatih bersungguh sungguh dan juga dapatkan minit permainan,” katanya.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa komen dan share ya..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*