Antara 5 Sebab TMJ Tidak Wajar Mengendalikan Harimau Malaya

Antara 5 Sebab TMJ Tidak Wajar Mengendalikan Harimau Malaya

Sebelum ini pemilik JDT, DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) memaklumkan kesediaan baginda untuk menerajui skuad kebangsaan Harimau Malaya.

Dalam erti kata lain, TMJ akan mengurus setiap keperluan pasukan negara di setiap pertandingan antarabangsa, termasuk penyediaan pakar kejurulatihan dan sebagainya.

Enggan menjanjikan kejayaan segera, TMJ bagaimanapun berjanji pasukan kebangsaan sedia ada mampu melakukan penambahbaikan berbanding pencapaian di pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang lalu.

Bukannya tidak percaya akan kewibawaan TMJ di dalam industry bola sepak. Buktinya TMJ berjaya m3revolus1kan JDT sendiri sejak revolusi bola sepak Johor dilakukan pada 2013.

Namun bagi penulis, adalah tidak wajar bagi TMJ mengambil alih skuad Harimau Malaya berdasarkan fakta-fakta berikut.

Adakah ia amalan dibenarkan FIFA?

Secara am pasukan kebangsaan sesebuah negara berada di bawah tanggungjawab badan induk bola sepak negara tersebut. Di Malaysia ia merujuk kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ada dua cara untuk TMJ mengawal skuad Harimau Malaya. Pertama ialah dengan Kembali menyertai FAM. Langkah ini dilihat tidak tepat kerana TMJ hanya menyatakan niat untuk mengendalikan pasukan kebangsaan, dan bukan badan induk itu secara keseluruhan.

Kedua, ialah dengan kaedah penswastaan. Langkah ini bukan tidak pernah dilakukan. Skuad negara yang bertanding di Kejohanan AFC B-16 kendalian Lim Teong Kim misalnya diurus hampir sepenuhnya oleh NFDP pada ketika itu.

Ini bermakna Harimau Malaya akan dikendalikan berasingan tanpa campur tangan FAM. Persoalan yang timbul pula selepas itu ialah apakah pula fungsi FAM sekiranya dengan mudah mempertanggungjawabkan pasukan kebangsaan kepada pihak lain?

Adakah ia amalan yang sesuai dengan peraturan FIFA?

Hala tuju F:30

Seperti yang kita tahu FAM telah melancarkan pelan hala tuju F:30, dengan perencanaan menjadi lima negara terbaik Asia menjelang 2030.

Peta Hala Tuju ini telah dijadikan sebagai agenda negara, agenda untuk semua, untuk FAM, untuk semua pemegang taruh dan penyokong.

Jelas jika kita mahu merealisasikan visi ini, ia memerlukan semua pihak untuk turut serta dalam mencapai objektif yang sama. Ini bermakna tugas memperkasa skuad kebangsaan tidak wajar dipertanggungjawabkan kepada seorang individu sahaja.

Saja nak remind balik Roadmap FAM F:30.

Asia Cup adalah salah satu kriteria.

@FAM_Malaysia

Dato’ Haji Hamidin Ketika pelancaran pelan hala tuju ini pernah menyifatkan F:30 sebagai simbol kesungguhan FAM. Kesungguhan itu kelihatan seperti hilang di hadapan mata pemegang taruh sekiranya dengan sewenang-wenangnya tanggungjawab hakiki itu diserahkan kepada pihak lain.

Untuk ini FAM perlu sedar tiada jalan pintas untuk memiliki sebuah pasukan kebangsaan yang disegani pada masa hadapan.

DNA bola sepak

TMJ turut menyatakan sanggup membawa masuk jurulatih yang lebih berwibawa untuk membimbing skuad Harimau Malaya pada masa hadapan.

Persoalannya ialah apakah jaminan jurulatih tersebut akan mempraktikan falsafah dan DNA bola sepak seperti yang FAM mahukan sebelum ini?

Di atas padang, isu ini mungkin tidak menjadi m4sal4h yang sangat besar memandangkan sistem pasukan kebangsaan pada hari ini mirip seperti yang ditampilkan oleh JDT. Maka kami berpendapat TMJ juga amat arif di dalam perkara ini.

Namun demikian ia tetap perkara yang perlu diambil kira memandangkan FAM sendiri menitikberatkan skuad negara peringkat umur beraksi dengan falsafah dan DNA bola sepak yang sama dengan skuad senior negara.

Pengurusan persepsi

Masalah persepsi mungkin akan menjadi m4sal4h t3rbes4r di dalam usaha TMJ memartabatkan pasukan kebangsaan. Mengambil kira hubungan TMJ sebagai pemilik JDT, maka pelbagai persepsi n3gat1f di kalangan pengikut bola sepak tempatan ibarat hanya menunggu masa sahaja untuk berlaku.

Antara isu yang mungkin timbul pada masa akan datang ialah seperti pemilihan pemain yang akan menganggotai pasukan kebangsaan. Ini antara isu yang sudah pun timbul pada hari ini.

Begitu juga dengan isu pemain yang akan diberikan taraf naturalisasi. Adakah ia juga akan memanfaatkan negara atau pasukan-pasukan tertentu sahaja selepas itu?

Tidak payah kita berselindung. Apa sahaja niat baik TMJ untuk pasukan kebangsaan sekali pun, ia pasti tidak akan lari dari mengundang pelbagai persepsi.

Ini bermakna sekiranya TMJ meneruskan niat untuk mengendalikan pasukan negara pada masa hadapan, ‘pengurusan persepsi’ adalah antara perkara yang tidak boleh diabaikan. Ini kerana ia juga akan mendatangkan kesan kepada pasukan negara, dan landskap bola sepak negara secara keseluruhan.

JDT lebih perlukan TMJ

Sedar atau tidak, sumbangan TMJ kepada skuad kebangsaan sebenarnya sudah ada secara tidak langsung melalui hasil kerja baginda di JDT.

Lihat sahaja kepada pemain-pemain seperti Syafiq Ahmad, Akhyar Rashid, Arif Aiman atau Ramadhan Saifullah. Pemain-pemain ini akan menjadi anara tunjang skuad negara unruk 10 tahun akan datang.

Usaha TMJ memujuk Dion Cools untuk menyarung jersi pasukan negara juga tidak harus dilupakan. Begitu juga dengan Corbin Ong – antara pemain naturalisasi terbaik dimiliki pasukan negara – yang konsisten aksinya di bek kiri.

Namun di sebalik dominasi JDT di pertandingan domestik, pasukan yang sinonim dengan gelaran Harimau Selatan ini masih memerlukan kepimpinan TMJ untuk pergi lebih jauh di pertandingan peringkat Asia – AFC Champions League.

Penutup

Kesediaan TMJ untuk tampil mengendalikan pasukan negara seharusnya menjadi satu ‘wake-up call’ untuk mereka yang berada di dalam FAM. Adakah usaha mereka mencukupi? Buat kerja atau sekadar menumpang nama?

Antara teguran baginda sehingga menyebabkan Harimau Malaya beraksi kurang bermaya di Dubai tempoh hari ialah kurangnya kepimpinan di dalam organiasi pasukan kebangsaan.

Hasrat TMJ seharusnya disambut baik. Namun atas faktor lima sebab di atas, ia mungkin bukan masa yang sesuai untuk baginda berbuat demikian.

Nota Editor: Artikel ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian Semuanya BOLA sebagai sebuah organisasi.

Apa pendapat anda?Mohon komen dan share yah..Terima Kasih Banyak!

Sumber:semuanyabola.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*