Paul Pogba Bakal Menerima Upah Tertinggi Di EPL

Paul Pogba Bakal Menerima Upah Tertinggi Di EPL

LONDON: Manchester United merancang menjadikan Paul Pogba sebagai pemain yang menerima gaji paling tinggi di Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan perjanjian baharu bernilai 104 juta pound (RM595 juta).

Bintang Perancis berusia 28 tahun itu akan memasuki 12 bulan terakhir kontraknya dan United bersedia menawarkannya 400,000 pound (RM2.29 juta) seminggu dalam tempoh lima tahun akan datang.

Skuad The Red D3vils terdesak untuk mengekalkan pemain tengah itu dan tidak mahu dia memasuki musim baharu tanpa diikat dengan kontrak baru.

Kelab di Old Trafford itu kini bersedia meletakkan terma baharu – kenaikan besar pada gaji semasanya sebanyak 290,000 pound (RM1.66 juta) seminggu.

Jumlah gaji baharunya akan mengatasi bayaran 375,000 pound (RM2.14 juta) seminggu yang diraih rakan sepasukan di United, David de Gea.

United akan menunggu sehingga Pogba menghabiskan saingan Euro bersama Perancis, sebelum memuktamadkan struktur terma baharu.Pogba sudah mengadakan perbincangan dengan ejen Mino Raiola tahun lalu mengenai perancangan untuk masa depannya.

Dia boleh menuntut gaji yang besar dan yuran tandatangan yang tinggi sekiranya bebas melakukan perpindahan percuma musim p4nas depan.

Bintang hebat bernilai 89 juta pound (RM509 juta) itu mendedahkan pada awal minggu ini bahawa belum ada perjanjian yang dimuktamadkan dengan United.

Namun SunSport difahamkan perkara itu tidak mungkin sukar dan reaksi awal di antara kedua-dua pihak tampak positif.

– AGENSI

Sudah baca artikel ini?Sila komen dan share ya..Terima kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*