Euro 2020,4 Lagi Tim Mara Ke Pusingan Seterusnya

Euro 2020,4 Lagi Tim Mara Ke Pusingan Seterusnya

Belum sempat beraksi dalam aksi terakhir peringkat kumpulan D Euro 2020, England dan Czech Republik sudah mengesahkan tempat ke peringkat 16 pasukan terakhir berikutan keputusan melibatkan kumpulan B dan C.

Kedua-dua pasukan telah mengumpul empat mata dalam dua perlawanan, ia telah pun mengatasi tiga mata pasukan Finland dan Ukraine di kumpulan B dan C. Ini bermakna mereka telah pasti menjadi empat pasukan terbaik di tangga ketiga daripada enam kumpulan.

Turut mengesahkan kemaraan tanpa sempat bermain perlawanan terakhir peringkat kumpulan adalah Sweden (kumpulan E) dan Perancis (Kumpulan F) yang juga mempunyai empat mata.

Switzerland yang telah selesai tiga perlawanan di kumpulan A dan mengumpul empat mata juga mampu menarik nafas lega apabila mengesahkan tempat ke peringkat 16 pasukan terakhir.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu boleh turun beraksi tanpa t3kan4n, namun beraksi di hadapan penyokong sendiri di Wembely, mereka pastnya mahu melangkah ke pusingan seterusnya dengan penuh bergaya selaku pendahulu kumpulan D.

Scotland yang kini mengumpul satu mata juga berpeluang untuk mara sekiranya mereka m3new4skan Croatia.

Sudah baca artikel ini?Sila komen dan share jika ingin lebih banyak berita euro..Terima Kasih Banyak!

Sumber:semuanyabola.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*