Peminat-peminat Menyokong Untuk Lantik Mora Dan Teong kim

Peminat-peminat Menyokong Untuk Lantik Mora Dan Teong kim

Kuala Lumpur: Peminat bola sepak tempatan nyata teruja dengan hasrat pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu mengendalikan skuad Harimau Malaya dengan kebanyakan mereka menyarankan pelantikan jurulatih baharu.

Antara nama yang disebut-sebut peminat ialah pengendali JDT, Benjamin Mora dan bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD), Lim Teong Kim.

Kedua-dua individu itu dikatakan memiliki kredibiliti dan pengalaman baik sebagai jurulatih yang dilihat mampu membimbing skuad negara di peringkat antarabangsa.

“Benjamin Mora untuk Harimau Malaya”, kata salah seorang peminat di laman Instagram yang menggunakan nama akaun erry04.05.

Nada sama turut diluahkan amirhamdan93 apabila mahu Lim Teong Kim yang juga bekas jurulatih di Akademi Bayern Munich, Jerman mencurahkan ilmu bersama skuad senior.

“Bawa pulang LTK (Lim Teong Kim) sebagai jurulatih kebangsaan, baru padu,” tulis amirhamdan93.

Bagaimanapun, ada juga peminat yang mahu khidmat Tan Cheng Hoe dikekalkan oleh Tun Ismail sekiranya beliau diberi tanggungjawab menguruskan skuad Harimau Malaya.

“Harap beliau (Tunku Ismail) kekalkan Tan Cheng Hoe. Jangan bawa jurulatih macam Vingada (bekas jurulatih kebangsaan sebelum Cheng Hoe) barai nanti,” kata hazjersey.

Jumaat lalu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak menolak m3ntah-mentah cadangan Tunku Ismail yang menawarkan diri untuk menguruskan skuad kebangsaan.

Sebaliknya, FAM bersedia untuk membawa perkara berkenaan ke meja rundingan memperhalusi perkara t3rbabit.

Lantas, jika FAM membenarkan ia diserahkan kepada Tunku Ismail, dijangka beberapa perubahan bakal berlaku termasuk kehadiran jurulatih baharu selain penyediaan fasiliti latihan lebih baik akan disediakan Tunku Mahkota Johor itu.

Sudah baca artikel ini?Apa pendapat anda?Mohon komen dan share ya..Terima Kasih Banyak!

Sumber:hmetro.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*