Ronaldo Sepasukan Dengan Messi Di Barcelona?

Ronaldo Sepasukan Dengan Messi Di Barcelona?

BARCELONA: Barcelona dilap0rkan sedang merancang tawaran perpindahan impian untuk menggabungkan Cristiano Ronaldo dengan Lionel Messi di Nou Camp.

Usaha berani itu d1dakw4 cuba dilakukan Presiden Barcelona, Joan Laporta ketika dia ingin mewujudkan kembali dominasi Barca dalam kancah bola sepak Eropah.

Keutamaan Laporta ketika ini, untuk meyakinkan Messi supaya menandatangani kontrak baharu di tengah spekulasi pemain itu yang dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City dan Paris Saint-Germain.

Ketika superstar Argentina itu dilihat bersedia menyerahkan masa depannya kepada kelab Catalan, Laporta mengalihkan perhatiannya terhadap Ronaldo, menurut laporan AS.

Media Sepanyol itu m3nd4kwa, Messi menolak tawaran daripada kelab lain yang akan meningkatkan gajinya dan Laporta bercita-cita untuk menjadikan gandingan dua pemain yang menguasai pentas bola sepak dunia sejak sedekad lalu itu bagi menghadapi persaingan yang hebat.

Laporta dikatakan akan menawarkan dua pemain untuk Juventus sebagai cadangan pertukaran, dengan Antoine Griezmann, Sergi Roberto dan Philippe Coutinho berkemungkinan besar akan ditukar.

Satu halangan yang mungkin berlaku adalah mengenai gaji Ronaldo, namun gaji yang dikurangkan daripada dua pemain yang bakal ditukar itu akan membantu mengimbangi perbelanjaan kelab.

Malah, kehadiran Messi dan Ronaldo dalam satu pasukan juga dianggap berpotensi menyumbang pendapatan berganda buat Barca. – AGENSI

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share yah..Terima kasih!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*