14 Hari Lagi Tarikh Keputusan Muktamad Menentukan Saingan AFC

14 Hari Lagi Tarikh Keputusan Muktamad Menentukan Saingan AFC

Kuala Lumpur: Tempoh semakin singkat dengan sekurang-kurangnya 14 hari sahaja untuk jawatankuasa kejohanan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mencari jalan terbaik untuk meneruskan saingan terbabit atau dibatalkan penganjurannya.

Hal ini kerana, ketika ini tiada pasukan bersedia atau sanggup menganjurkan kejohanan itu termasuklah membabitkan negara berkecuali.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, walaupun terdapat d3sas-d3sus Indonesia bersedia menganjurkan kejohanan itu namun sehingga kini pihaknya belum menerima permohonan rasmi berkaitan perkara berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya menyedari waktu ketika ini semakin suntuk manakala p3nundaan tarikh penganjuran kejohanan itu turut memberi impak n3gat1f kepada perjalanan liga di negara masing-masing sekali gus terpaksa mengambil jalan terakhir iaitu membatalkan saingan AFC.

“Boleh dikatakan kami sebenarnya buntu untuk mencari jalan penyelesaian terbaik kerana tiada negara yang mahu menjadi tuan rumah untuk kejohanan berkenaan.

“Jika mahu menganjurkan di negara berkecuali, adakah mereka mahu menganjurkan kejohanan berkenaan tanpa penyertaan daripada kelab mereka? Sudah pastinya svkar berbuat demikian.

“Oleh itu, kita melihat dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi jika situasi masih sama terpaksa mengambil jalan t3rakh1r iaitu batalkan kejohanan berkenaan,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro.

Mengikut rekod, musim lalu, Kedah Darul Aman (KDA) FC berjaya menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua yang memberikan skuad Hijau Kuning slot automatik dalam pertandingan Piala AFC tahun ini.

Terengganu FC yang menduduki tangga ketiga Liga Super musim lalu pula mendapat slot ke Piala AFC selepas Liga Malaysia 2020 dipendekkan dengan pembatalan Piala FA dan Piala Malaysia berikutan peningkatan kes Covid-19 di dalam negara.

KDA FC dan Terengganu FC yang diletakkan dalam saingan Kumpulan H dan I sepatutnya beraksi di Singapura bermula 2 Julai ini namun tindakan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS) m3narik diri menjadi tuan rumah pada saat akh1r menyebabkan AFC terpaksa mempertimbangkan venue lain.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share ya sahabat..Terima Kasih Banyak!

Sumber:hmetro.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*