Hanya Pilih Pemain Naturalisasi yang Berkualiti,Dollah Salleh

Hanya Pilih Pemain Naturalisasi yang Berkualiti,Dollah Salleh

KUALA LUMPUR: Bekas jurulatih skuad kebangsaan, Dollah Salleh berpendapat khidmat pemain naturalisasi yang berkualiti masih diperlukan dalam skuad Harimau Malaya untuk memberikan saingan di pentas antarabangsa. Beliau yang kini membimbing Sri Pahang FC mengakui semua pihak harus berpijak di bumi nyata pasukan kebangsaan sememangnya memerlukan pemain naturalisasi yang mempunyai kelebihan daripada aspek fizikal, selain daripada kemahiran di atas padang. “Kalau tanya saya, memang perkara ini (program naturalisasi) saya yang syorkan untuk kita ambil pemain naturalisasi ketika saya masih jurulatih kebangsaan suatu ketika dulu. “Ini hakikat yang perlu kita semua terima, Malaysia memang perlukan pemain naturalisasi dan salah satu sebab adalah daripada segi fizikal. Ini baru bermain di peringkat Asia, belum cerita di pentas Eropah lagi, pemain tempatan kita saja belum berupaya untuk bersaing.

“Masing-masing ada pendapat sendiri, tetapi kalau ikut pengalaman saya, sukarlah kalau kita nak bergantung harap kepada pemain tempatan saja untuk ke peringkat tertinggi, jadi kita kena pastikan pemain naturalisasi ini benar-benar yang layak untuk bersama skuad kebangsaan,” kata Dollah yang membimbing Harimau Malaya muncul naib juara Piala AFF 2014.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Lumpur City FC, Stanley Bernard mengakui kehadiran pemain naturalisasi juga turut membantu perkembangan Liga Malaysia (Liga M) dalam melebarkan lagi pemilihan pemain berkualiti untuk kebaikan kelab.

Jika dilihat daripada sudut positif kepada kelab, beliau berasakan pemain naturalisasi akan menjadikan pasukan itu lebih kuat dan saingan Liga M juga akan lebih berkembang.

“Pada pendapat saya, kita lihat kepada apa kebaikan yang pemain naturalisasi ini boleh bawa kepada kelab. Pemilihan pemain juga akan lebih besar, malah saingan akan lebih kompetitif.

“Cuma, kita perlu meneliti dengan lebih mendalam terhadap pemain seperti Paulo Josue, anak dia juga belajar di sini dan dia sendiri dilihat mungkin akan bersara di sini terus. Jadi jika dia menjadi pemain naturalisasi untuk jangka masa panjang, banyak cabang dia boleh pergi.

“Untuk itu, saya rasa kita berbalik kepada apa yang pemain naturalisasi itu boleh berikan kepada kita. Dengan adanya mereka ini liga kita akan menjadi lebih elit,” katanya

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC, Khamal Idris Ali pula tidak melihat p3rebut4n tempat yang lebih mencabar dalam kesebelasan utama dengan adanya pemain naturalisasi akan m3nyukark4n peluang kepada pemain tempatan.

Apa yang penting, katanya, bagaimana seseorang pemain naturalisasi itu mampu membawa aura yang lebih menyerlah kepada pasukan supaya dapat menjadi penanda aras kepada pemain tempatan, terutama mereka yang masih muda.

“Bagi saya, kita kena faham dan jelas bagaimana kualiti yang ada pada seseorang pemain naturalisasi untuk mereka menjadi satu contoh dan penanda aras yang baik buat pemain tempatan untuk mengikuti prestasi mereka.

“Keseimbangan itu juga penting, tetapi untuk pemain tempatan, apabila mereka b3rsa1ng dengan pemain yang bagus, saya percaya mereka juga akan menjadi lebih bagus. Jadi tiada isu pun mengenai program naturalisasi ini,” katanya.

Apa pendapat anda?Mohon komen dan share ya..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*