Pemerhati Bola Sepak Tempatan Menyarankan TMJ Fikir Mendalam

Pemerhati Bola Sepak Tempatan Menyarankan TMJ Fikir Mendalam

KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim disaran membuat pertimbangan mendalam sebelum membuat keputusan muktamad untuk mengambil alih pengurusan skuad Harimau Malaya.

Pandangan itu dil0ntark4n pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa kerana banyak faktor perlu diteliti terlebih dahulu termasuk cabaran yang bakal ditempuhi pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) jika beliau menjadi ‘bos’ skuad kebangsaan.

Jelas Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM Shah Alam, hasrat itu perlu dilihat dengan ruang lingkup yang lebih luas dan tidak hanya berkisarkan kepada pembabitan dalam bola sepak semata-mata.

“Kita tidak m3nafik4n kemampuan beliau kerana kita sudah lihat apa yang berlaku pada JDT namun untuk ambil alih pengurusan skuad kebangsaan, ia agak berbeza daripada sudut bidangnya, polisinya, prosedurnya dan falsafahnya.

“Untuk JDT, tiada masalah kerana ia milik Tunku Ismail tetapi skuad kebangsaan menghimpunkan pemain daripada seluruh negara. Ia adalah satu institusi sosial untuk rakyat terbanyak iaitu orang kebanyakan.

“Polisi sama yang membawa kejayaan di JDT mungkin tidak mendatangkan hasil yang sama untuk skuad kebangsaan. Malah, ini akan mendedahkan beliau kepada kritikan yang lebih hebat daripada ‘pahlawan papan kekunci’.

“Sangatlah tidak molek kalau disebabkan bola sepak, beliau yang memiliki status dalam masyarat dicemuh dengan hebat di media sosial. Sebab itulah kita kena lihat perkara ini secara menyeluruh dan tidak daripada sudut bola sepak sahaja,” katanya.

Tunku Ismail sebelum ini dilaporkan menawarkan diri untuk menguruskan skuad Harimau Malaya selepas prestasi hamb4r pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, baru-baru ini.

“Kepada Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd Amin), izinkan saya untuk memikul tugas dalam skuad kebangsaan. Saya akan sediakan mereka kemudahan latihan dan jurulatih terbaik.

“Saya tidak boleh menjanjikan kejayaan segera kepada anda. Tetapi saya dapat memberi jaminan mengenai peningkatan (prestasi pasukan),” katanya seperti petik dalam ruangan Insta Story di laman akaun Instagram miliknya.

Sudah baca artikel ini?Sila komen dan share..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*