Atlet Powerlifting Negara Bonnie ‘Target’ Emas Dan Pec4h Rekod

Atlet Powerlifting Negara Bonnie ‘Target’ Emas Dan Pec4h Rekod

KUALA LUMPUR: Selain m3mburu kilauan pingat emas, atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin turut m3nginta1 peluang untuk sekali lagi memecahkan rekod dunia pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020, pada Ogos ini.

Semalam, Bonnie, 22, mencipta sensasi apabila memecahkan rekod dunia bagi kategori atas 72 kilogram (kg) pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas berjaya melakukan angkatan seberat 230kg sekali gus merangkul emas.

Atlet kelahiran Kuching itu memadam rekod dunia dipegang atlet Iran, Roohallah Rostami yang melakukan angkatan seberat 229kg ketika Sukan Para Asia di Jakarta, Indosia pada 2018.

Ia adalah kejuaraan kedua berturut-turut diraih Bonnie tahun ini selepas turut memenangi emas acara sama pada Kejohanan Piala Dunia Powerlifting Para di Bangkok, Mei lalu.

Berkongsi mengenai pencapaiannya di Dubai, Bonnie berkata kunci kejayaannya adalah tidak berputus asa biarpun pada mulanya dia sudah gag4l melakukannya di angkatan ketiga.

“Pada awalnya, saya cuba untuk memecahkan rekod dunia itu di angkatan ketiga tetapi gagal. Saya cakap dengan jurulatih untuk cuba lagi di angkatan keempat dan akhirnya berjaya.

“Di Tokyo (Sukan Paralimpik) nanti saya enggan terlalu yakin mampu memenangi emas tetapi jika semua berjalan lancar dan ada rezeki untuk saya, saya percaya boleh dapat pingat tetapi tidak pastilah warna apa. Namun, sudah pastinya saya mengharapkan emas.

“Secara peribadi, memang saya mahu pecahkan lagi rekod dunia berkenaan, diharapkan saya terus diberi kesihatan yang baik. Cuma, saya mahu fokus dahulu untuk mendapatkan pingat di Sukan Paralimpik tetapi sekiranya saya berasa yakin, mungkin akan cuba untuk buat rekod lagi,” katanya kepada BH Sukan.

Sukan Paralimpik Tokyo akan berlangsung pada 24 Ogos hingga 5 September ini.

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa komen dan share..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*