Datuk Mokhtar Dahari Pernah Jadi Penjaring Terbanyak Dunia

Datuk Mokhtar Dahari Pernah Jadi Penjaring Terbanyak Dunia

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sebenarnya pernah memegang gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman satu ketika dulu.

Berdasarkan beberapa statistik yang melaporkan mengenai jumlah jaringan gol antarabangsa, Mokhtar yang lebih dikenali sebagai ‘Super Mokh’ meledak 89 gol dalam 142 penampilan bersama skuad Harimau Malaya.

Pencapaian 89 gol itu dilakar sehingga tahun 1991, sebelum Mokhtar menghembuskan nafas terakhirnya pada tahun sama.

Berdasarkan rekod berkenaan, Mokhtar berjaya memintas pencapaian legenda bola sepak Hungary, Ferenc Puskas yang menjaringkan 84 gol dalam 85 penampilan.

Jadi, secara tidak langsung Mokhtar pernah memegang gelaran penjaring terbanyak dunia pada waktu itu, sebelum rekod berkenaan dipintas legenda bola sepak Iran, Ali Daei yang memulakan koleksi 109 golnya pada 1993.

Bagaimanapun, dua gol daripada pemain Portugal, Cristiano Ronaldo menyaksikan dia turut meledak 109 gol, sekali gus terikat dengan Daei bagi gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Apa pendapat anda?Mohon dan share sahabat sekalian peminat bola..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*