‘Tiba Masanya Giliran Anda Jadi ‘Hero’ Sebenar Malaysia’,Lee Chong Wei

‘Tiba Masanya Giliran Anda Jadi ‘Hero’ Sebenar Malaysia’,Lee Chong Wei

KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei berharap atlet negara yang akan beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020, bulan depan dapat melunaskan misinya yang tertangguh dengan membawa pulang pingat emas pertama kontinjen Malaysia.

Bekas jaguh badminton negara itu yang tiga kali terlepas peluang bagi meraih emas, berkata kini giliran mereka untuk menjadi wira sebenar Malaysia.

“Sempena 30 hari menjelang Olimpik, saya ingin meniupkan kata-kata semangat buat semua Olimpian Malaysia. Jadilah, wira sebenar Malaysia.

“Ketika saya menewaskan Lin Dan dalam kemenangan terakhir saya di Olimpik (separuh akhir Olimpik Rio 2016), ia sesuatu yang membanggakan. Saya keletihan bagai nak m4ti pada perlawanan separuh akhir itu, saya fikir saya akan t3was lagi kepada Lin Dan.

“Namun, saya beritahu kepada diri sendiri untuk tidak mengecewakan 32 juta rakyat Malaysia yang berdoa untuk kejayaan saya. Ia memberikan motivasi tambahan kepada saya bagi mencapai mata kemenangan.

“Bagaimana seluruh negara meraikan kemenangan itu masih segar dalam fikiran saya. Bayangkan sambutan yang akan diraikan sekiranya tubuh badan saya tidak keletihan dan saya berjaya m3newask4n Chen Long keesokan harinya?

“Saya terlepas peluang saya. Kini, giliran anda pula rakan seperjuanganku,” kata Chong Wei yang juga ketua kontinjen Malaysia ke Tokyo.

Chong Wei yang juga bekas pemain nombor satu dunia tiga kali berjaya mara ke final Sukan Olimpik bermula 2008 di Beijing, 2012 di London dan 2016 di Rio de Janeiro namun t3was dalam ketiga-tiga aksi final berkenaan.

Di Beijing dan London, dia t3was di tangan Lin Dan manakala Chen Long menjadi penghalangnya bagi memenangi emas di Rio de Janeiro yang juga penampilan terakhirnya pada temasya terbesar dunia itu selepas mengumumkan persaraan pada Jun 2019 kerana masalah kesihatan.

Chong Wei berkata, atlet negara perlu tahu yang mereka tidak berjuang bersendirian sebaliknya perjuangan mereka sentiasa diiringi doa 32 juta rakyat Malaysia.

“Saya ingin menyeru agar atlet negara yang akan beraksi di Tokyo nanti untuk mempersembahkan aksi terbaik demi lambang di dada. Ingatlah, Olimpik hanya dilangsungkan empat tahun sekali. Berapa kali seorang atlet mampu beraksi di persada Olimpik dalam kerjaya sukannya?

“Berapa kali saya berdoa agar diberi peluang kembali ke pentas Olimpik tetapi saya reda ia tidak akan termakbul lagi,” katanya yang empat kali membuat penampilan di Olimpik bermula edisi 2004 di Athens.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*