Datuk Lee Chong Wei Berkata ‘Mungkin Ada Hikmahnya’

Datuk Lee Chong Wei Berkata ‘Mungkin Ada Hikmahnya’

KUALA LUMPUR: Pandemik COVID-19 yang m3land4 sejak awal tahun lalu sememangnya memberi ‘malapetaka’ buat atlet negara khususnya yang dalam persiapan menghadapi Sukan Olimpik Tokyo 2020, bulan depan.

Bagaimanapun, di sebalik kesan yang terpaksa diharungi disebabkan pandemik berkenaan, ia dipercayai turut mampu memberi kelebihan buat atlet negara terutamanya yang bukan pilihan di Tokyo nanti.

Ketua kontinjen negara ke Sukan Olimpik, Datuk Lee Chong Wei berkata, biarpun persiapan atlet negara bagi menghadapi temasya terbesar dunia itu kali ini sangat berbeza berbanding edisi terdahulu, namun mungkin ada hikmahnya yang tersendiri.

“Dalam kalendar sukan yang normal, persiapan bagi menghadapi Olimpik biasanya mengambil masa satu hingga dua tahun. Ketika itulah anda memburu slot untuk layak ke Olimpik, mengumpul mata ke Olimpik, dan melepasi had kelayakan ke Olimpik.

“Apabila temasya semakin hampir, sudah pasti anda akan mempertajamkan lagi kemahiran dan menguatkan lagi mental menerusi program khas yang diuruskan MSN (Majlis Sukan Negara) atau persatuan sukan masing-masing.

“Kini, kurang sebulan sebelum temasya terbesar dunia itu bermula. Saya akui kali ini sangat berbeza.

“Olimpik yang berlangsung dalam situasi pandemik. Persiapan sangat sukar dilakukan jika dibandingkan sebelum ini.

“Namun, perbezaan dan kesukaran itu mungkin bertukar menjadi kelebihan buat atlet yang bukan pilihan. Ini adalah masa yang mana hanya yang kuat akan bertahan,” kata bekas jaguh badminton negara itu yang tiga kali memenangi pingat perak Olimpik.

Berbaki kurang sebulan sebelum Sukan Olimpik Tokyo bermula pada 23 Julai depan, kontinjen negara kini memasuki fasa terakhir dan paling penting dalam persiapan mereka.

Badminton kekal sebagai skuad terbesar buat kontinjen negara ke Tokyo dengan pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia; perseorangan wanita Soniia Cheah; beregu lelaki Aaron Chia-Soh Wooi Yik; beregu wanita Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean dan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying sudah melayakkan diri.

Mereka disertai Khairul Anuar Mohamad (memanah), Mohd Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom (berbasikal trek), Nur Dhabitah Sabri, Ng Yan Yee, Pandelela Rinong, Leong Mun Yee (terjun), Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik artistik) dan empat atlet pelayaran – Khairulnizam Mohd Afendy, Nur Shazrin Mohd Latif, Nuraisyah Jamil dan Juni Karimah Noor Jamali.

Terbaharu, dua pemain golf profesional, Gavin Kyle Green dan Kelly Tan disahkan layak, Selasa lalu manakala Welson Sim, Phee Jinq En (renang); Lee Hup Wei dan Jeremiah Loo Phay Xing (gimnastik artistik) turut berpeluang untuk beraksi di temasya Tokyo.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*