Euro 2020:Antara 5 Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Harus Sokong England

Euro 2020:Antara 5 Sebab Mengapa Rakyat Malaysia Harus Sokong England

Walaupun d1kec4m ramai dek aksi yang penuh longlai dan layu, England tetap muncul juara kumpulan D mengenepikan cabaran Croatia dan Republik Czech serta Scotland. Sebelum ini ada cakap-cakap di kalangan warganet yang mendakwa England akan memilih tangga kedua kumpulan demi mengelakkan pertemuan dengan wakil dari kumpulan F yang dianggap kumpulan maut.

Iya, lah. Mana tak m4utnya, dengan Perancis – juara dunia tahun 2018, Portugal – juara Euro 2016 dan Jerman – juara dunia 2014, menanti di pusingan 16-pasukan.

Tetapi England membuktikan bahawa mereka bukanlah pasukan p3ng3cut, sebaliknya pasukan Tiga Singa adalah pasukan yang akan hadap sesiapa sahaja yang m3nghal4ng laluan mereka.

Tup tap tup tap, sah Jerman yang akan menjadi m4ngsa pertama England di pusingan kalah m4ti nanti.

Sebagai rakyat Malaysia, tidak dapat tidak kita perlulah menyokong England sepanjang Euro ini. Kita ada banyak sebab dan alasan yang kukuh untuk bersorak buat pasukan Tiga Singa ini.

Hubungan dan Sejarah Yang Panjang Dengan England

Malaysia, bermula sejak zaman Persekutuan Tanah Melayu dan Malaya dahulu, telah mempunyai hubungan yang sangat panjang dengan orang Inggeris. Bermula dengan kedatangan Francis Light ke Tanah Melayu pada tahun 1771 untuk bertemu dengan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin II, yang ketika itu berhadapan dengan anc4man daripada kerajaan Siam.

Andaikata Francis Light tidak datang ke Tanah Melayu, mungkin hubungan sejarah yang panjang sehingga 1957 ini tidak akan terjadi.

Malah kisah t3rbunvhnya residen British di Perak, JWW Birch, pada tahun 1874 telah melahirkan generasi berkepemimpinan tinggi dari Pasir Salak. Kita boleh tengok di zaman ini di parlimen bagaimana lant4ng dan beraninya pemimpin dari Pasir Salak berhujah.

Power, bukan?

Sistem Pentadbiran di Malaysia

Seperti yang kita tahu, Malaysia mengamalkan sistem pentadbiran Raja Berpelembagaan – satu sistem yang bermula di England selepas pemberontakan Glorious Revolution pada tahun 1688. Malah kita juga mengamalkan sistem parlimen yang mengikut sistem Westminster yang juga berasal daripada orang Inggeris.

Jadi, dengan kata lain, sistem pentadbiran kita amat mirip dengan apa yang diamalkan di United Kingdom.

Negara kita diketuai seorang Raja, manakala kerajaan diketuai oleh seorang Perdana Menteri, sama seperti United Kingdom yang diketuai oleh seorang Ratu dan ditadbir urus oleh Perdana Menteri.

Sama, kan?

Cuba bayangkan. Kalau orang Inggeris tak datang ke negara kita, sistem Raja Berpelembagaan ini mungkin tidak akan diamalkan, dan sekaligus tidak akan memberi peluang kepada orang politik di Malaysia untuk cari makan.

Kalau tiada orang politik di negara kita seperti hari ini, di manakah lagi hiburan yang kita boleh tengok? Tak seronok ke layan telatah mereka?

Bahasa Inggeris Menjadi Pilihan Rakyat Malaysia

Bahasa Inggeris sememangnya merupakan bahasa komunikasi global dan semakin hari bahasa ini semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Menariknya tentang bahasa Inggeris ini adalah bahasa ini semakin lama semakin menjadi bahasa pilihan di kalangan rakyat Malaysia, melebihi Bahasa Kebangsaan kita sendiri.

Kalau tak percaya cuba tengok di sekeliling. Seseorang itu akan dianggap b0d0h sekiranya tidak pandai bercakap bahasa yang berasal dari England ini. Malah dalam iklan pekerjaan sekalipun, calon yang lebih mahir dan fasih dalam Bahasa Inggeris lebih diberi peluang untuk bekerja, berbanding calon yang l3mah Bahasa Inggeris.

Itu belum kira Bahasa Mandarin lagi. Nasib baik China tak masuk Euro. Kalau tidak, kita pun kena sokong China tau.

Kiblat Bola Sepak Malaysia
Sedar tak sedar, sudah sekian lama Malaysia menjadikan England sebagai kiblat bola sepak, baik di kalangan penggiat bola sepak atau pun peminat.

Banyak persamaan antara pemain Liga Perdana Inggeris dan Liga Malaysia. Contohnya dalam bab gaji.

Secara puratanya gaji pemain di Liga Inggeris adalah yang tertinggi di rantau Eropah, manakala gaji pemain Liga Malaysia pula merupakang paling tinggi di rantau Asia Tenggara. Nampak tak?

Lagipun, peminat bola sepak Malaysia memang sukakan pasukan dari Liga Inggeris. Kalau tak percaya tengok gambar profil Facebook di senarai kawan media sosial tu. Mesti ada yang letak gambar mereka dengan logo pasukan Manchester United, Liverpool, Chelsea dan juga kelab-kelab England yang lain.

Tidak cukup dengan logo, nama pemain kesayangan mereka turut digabungkan dengan nama sendiri – Samad Henderson, Salmah Torres, Bukharooney, Rusdy Cavani dan banyak lagi lah kalau nak ikutkan.

Malah semangat mereka menyokong kelab Inggeris ini bagaikan mereka lahir di sebelah stadium kelab kesayangan masing-masing. Lebih membanggakan, ada rakyat Malaysia yang mengaku berdarah Scouser dan Mancunian!

Sokongan kepada kelab Inggeris juga lebih kuat daripada sokongan kepada pasukan yang bertanding di liga tempatan.

Ini adalah tanda betapa rapatnya hubungan kita dengan England!

England Adalah Tempat Lahirnya Kumpulan One Direction (RIP) dan Dua Lipa
Tiada siapa yang boleh menafikan bahawa One Direction adalah kumpulan muzik terhebat sepanjang zaman, meskipun semakin dicabar dengan populariti kumpulan lelaki jambu dari Korea Selatan – BTS.

Kumpulan yang pernah menggegar dunia menerusi lagu hit mereka seperti Story of My Life, Best Song Ever, Live While We’re Young dan banyak lagi, telah menghiburkan kita semua di saat kita gembira dan juga sedih.

Tapi sayang, kumpulan ini akhirnya b3rpec4h juga sleepas Harry Styles, Zayn Malik, Louis Tomlinson, Niall Horan dan Liam Payne membawa haluan masing-masing

Namun kehilangan One Direction ini diganti dengan kemunculan penyanyi baharu yang dilahirkan di London – Dua Lipa. Penyanyi bersuara lunak ini menghiburkan kita dengan lagu-lagu seperti Break My Heart, New Rules dan juga lagu yang menjadi rentak tarian kita di Tik Tok, Levitating.

Cukuplah lima sahaja sebab dan alasan untuk kita menyokong England. Kalau bukan kita, siapa lagi yang akan mendokong pasukan Tiga Singa ini?

Sudah baca artikel ini?Sila like dan share sahabat semua..Terima Kasih Banyak!

Sumber:thesukan.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*