PAFA Tuntut Isu Sam4n Kepada FAM Sebanyak RM500,000

PAFA Tuntut Isu Sam4n Kepada FAM Sebanyak RM500,000

IPOH: Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) akan berbincang dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung tuntutan saman RM500,000 yang dikemukakan pemain dari Korea Selatan Jeon Hyo-Seok, terhadap badan induk negeri itu.

Pemangku Presiden PAFA Datuk Mohammad Yadzan Mohamad berkata, perbincangan itu akan melibatkan aspek perundangan termasuk dokumentasi yang membabitkan Hyo-Seok.

“Kita akan minta khidmat nasihat daripada FAM dalam masa terdekat ini tentang langkah perundangan dan sebagainya,” katanya.

Dalam satu laporan media tempatan, Hyo-Seok yang menjalani sesi ujian bersama Perak pada Disember 2019 telah menuntut saman berkenaan melalui FIFA, dalam sepucuk surat bertarikh 18 Jun lalu dan surat tuntutan tersebut telah diterima PAFA baru-baru ini. – BERNAMA

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*