November Ini FIFA Bakal Menganjurkan Piala Arab,Apakah Piala Arab?

November Ini FIFA Bakal Menganjurkan Piala Arab,Apakah Piala Arab?

Dalam bola sepak antarabangsa, kita dapat lihat pelbagai kejohanan melibatkan negara-negara seperti saing4n Euro, Copa America dan Piala Asia.

Tetapi sebalik itu, ada juga saing4n antarabangsa yang lebih kecil skopnya seperti Piala AFF Suzuki dan East Asian Cup.

Tetapi tahukah anda akan kewujudan Piala Arab?

Piala Arab 2021 akan mengambil tempat pada 30 November sehingga 18 Disember di Qatar dan dianjurkan oleh FIFA.

FIFA? Wah apa yang istimewa sangat piala ini sampaikan FIFA sendiri yang anjurkan? Jom kita kupas.

Bukan yang pertama

Jika dilihat pada rekod, ianya bukanlah kali pertama saingan Piala Arab ini dilakukan.

Piala Arab ini sebenarnya telah dipertandingkan sejak 1963 dengan ianya dianjukan oleh Persatuan Bola Sepak Kesatuan Arab (UAFA).

Walaupun sudah lebih 50 tahun dipertandingkan, kejohanan ini hanya mempunyai sembilan edisi sahaja sebelum ini dengan jarak tahun penganjuran berbeza-berbeza mengikut era.

Sebagai contoh, Piala Arab dilangsungkan secara dwitahunan pada 1960-an sementara pada 1980-an hingga 2000-an ianya dianjurkan setiap tiga dan empat tahun sekali.

Malah kejohanan ini juga pernah tidak dianjurkan untuk satu tempoh yang lama iaitu 1966 hingga 1982.

Untuk edisi 2021 ini barulah FIFA mengambil alih sebagai penganjur dan mengadakan kejohanan ini di Qatar sebagai acara percubaan atau test event bagi Piala Dunia 2022.

Piala Arab menjadi pilihan selepas FIFA memansuhkan Piala Konfederasi yang sebelum ini dijadikan sebagai kejohanan pra-Piala Dunia.

Kali terakhir kejohanan itu dipertandingkan adalah pada 2017 di Rusia sebelum Piala Dunia 2018.

Siapakah raja bola sepak Arab?

Sejak dipertandingkan pada 1963, Iraq merupakan pemenang paling banyak bagi kejohanan ini dengan empat kejuaraan.

Mereka memenanginya pada edisi 1964, 1966, 1985 dan 1988.

Juara terkini bagi kejohanan ini adalah Maghribi yang menjuarai edisi 2012 selepas menewaskan Libya menerusi sepakan penalti.

Negara-negara lain yang pernah menjadi johan adalah seperti Tunisia (1 gelaran), Mesir (1 gelaran) dan Arab Saudi (2 gelaran).

Apa perbezaan dengan Piala Teluk?

Selain dari Piala Arab, terdapat juga kejohanan bola sepak lain melibatkan negara-negara Arab iaitu Piala Teluk. Tetapi apa perbezaan kedua-dua kejohanan ini?

Piala Teluk ini skopnya lebih kecil kerana dipertandingkan untuk negara-negara di kawasan teluk sahaja dan ianya dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak Piala Teluk Arab (AGCFF).

Pertandingan ini juga lebih kecil kerana ianya hanya melibatkan lapan buah negara sahaja yang bernaung di bawah persekutuan itu – diibaratkan sama dengan Piala AFF yang sering disertai Harimau Malaya.

Bagi Piala Arab pula, skop pertandingan lebih luas dengan ianya melibatkan negara-negara Arab dari benua Asia dan juga Afrika.

Sebagai contoh, Arab Saudi, Qatar dan Iraq adalah wakil dari Asia sementara Mesir, Algeria dan Sudan mewakili Afrika.

Piala Arab juga mempunyai lebih ramai pasukan di dalamnya dengan 16 pasukan bakal beraksi untuk edisi 2021.

Siapa bakal bertanding untuk edisi 2021?

Seperti diperkatakan tadi, edisi 2021 bakal disertai oleh 16 pasukan. Mereka adalah:

  • Qatar
  • Iraq
  • Oman
  • Bahrain
  • Tunisia
  • Emeriah Arab Bersatu
  • Syria
  • Mauritania
  • Maghribi
  • Arab Saudi
  • Jordan
  • Palestin
  • Algeria
  • Mesir
  • Lubnan
  • Sudan

Format pertandingan adalah sama sahaja seperti kejohanan lain. Dua pasukan terbaik dari setiap kumpulan bakal ke pusingan suku akhir dan bertarung ke perlawanan akhir.

Apa yang menarik mengenai tarikh perlawanan akhir pada 18 November 2021 tersebut adalah ianya betul-betul selang setahun dengan jadual final Piala Dunia 2022 iaitu 18 November 2022.

Sukan eratkan perpaduan

Sering kita lihat, bangsa Arab selalu saja dianggap sebagai tidak bersatu dan suka berpuak-puak.

Namun dengan kuasa sukan, ianya mampu untuk menyatukan mereka walaupun untuk seketika.

Piala Arab sebelum ini mengalami penganjuran yang tidak menentu termasuklah 16 tahun ‘rehat’ dari dipertandingkan.

Namun dengan penganjuran oleh FIFA sendiri, diharap ianya mampu memberikan sinar baharu kepada bola sepak Arab yang sebenarnya ramai bintang yang hebat di dalamnya.

Semoga berjaya buat semua 16 pasukan yang bakal bertanding kelak!

Sudah baca artikel ini?Mohon sahabat semua komen dan share artikel ini..Terima Kasih Banyak!

Sumber:semuanyabola.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*