Rupa Luqman Hakmin Mirip Mokhtar Dahari

Rupa Luqman Hakmin Mirip Mokhtar Dahari

 

Kelibat pemain muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama KV Kortrijk baru-baru ini dilihat persis lagenda bola sepak negara, Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.

Baru-baru ini tular aksi memberangsangkan Luqman Hakim ketika membantu KV Kortrijk m3nundukk4n KRC Harelbeke dalam aksi p3manas badan menjelang sepak mula Jupiler Pro League musim 2021/2022. Semua mata tertumpu kepada aksinya.

Mereka bukan sahaja tertumpu kepada aksinya yang lincah di padang, tetapi juga semua seakan-akan ‘ternampak’ pemain berusia 19 tahun itu persis Mokhtar Dahari dari segi penampilan dan fizikalnya di padang. Sekali pandang, tak jauh bezanya.

Tentunya ramai akan kata, jangan samakannya dengan lagenda bola sepak negara. Tetapi, kalau dah nampak macam hampir seiras, apa yang lagi kita mahu nafikan?

Cuba lihat semula gambar Luqman Hakim sebelum beliau berangkat ke Belgium kira-kira hampir setahun yang lalu. Perubahan fizikalnya sangat ketara dan ini juga diakui oleh pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe ketika kem kebangsaan lalu.

“Daripada segi fizikal dan kekuatan, memang nampak peningkatan yang sebegitu m3ndad4k. Daripada segi teknik dan hantaran, dia berada di tahap yang cukup baik sebagai p3nyer4ng kebangsaan bagi masa depan,” ungkap Cheng Hoe kepada media.

Perubahan fizikal Luqman Hakim menjadi tumpuan ketika beliau kembali untuk menyertai kem skuad kebangsaan pada Mac yang lalu. Musim lalu pengendali KV Kortrijk pernah memberikan komentar terhadap prestasinya dalam sesi latihan.

Ketika berdepan Anderlecht pada Oktober 2020, Yves Vanderhaeghe memasukkannya pada minit ke-74, ketika mereka ketinggalan 0-3 dan itulah penampilan sulung dan satu-satunya penampilan Luqman Hakim di Jupiler Pro League musim lalu.

Yves Vanderhaeghe ‘Tunai Janji’ Beri Luqman Hakim Debut Berdepan Anderlecht is.gd/plLWnE

Dalam ciapan di Twitternya, Safirul berkata, “Ini dimensi baharu untuk Luqman. Antara kelemahan dia yang saya nampak semenjak umur 12 atau 13 tahun ialah benda ni [tandukkan],” jelasnya sambil berkongsi video sesi latihan Luqman Hakim di sana.

“Tapi sekarang nampak dia boleh hang, guna otot tengkuk dan place header dia dengan amat baik,” tambahnya lagi yang merupakan antara individu terawal yang mengenali Luqman Hakim dan rakan-rakan seangkatan dengannya seperti Arif Aiman Hanapi.

Artikel ini hanya berkongsi apa perubahan yang telah dilalui oleh pemain sepertinya yang berkelana ke luar negara. Beribu batu jauhnya dari tanah air dan tampak sudah semakin menunjukkan potensinya untuk menjadi penggempur Harimau Malaya.

Malah ramai penyokong berkata gayanya, gerak dan corak permainannya, malah potongan rambutnya sudah seperti jelmaan semula lagenda, Mokhtar Dahari.

Tidak semestinya beliau akan menjadi seperti Mokhtar Dahari. Tidak semestinya beliau bakal menjadi lagenda negara. Tetapi, kita semua amat berharap yang beliau akan menjadi penyerang Malaysia yang digeruni lawan pada masa yang akan datang.

Apa pendapat anda?Mohon komen dan share pendapat sahabat semua..Terima Kasih Banyak!

Sumber:semuanyabola.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*