Bekas Pemain Import JDT Diago Jaring 2 Gol,Manakala Bergson Masih Belum pecah ‘Telur’

Bekas Pemain Import JDT Diago Jaring 2 Gol,Manakala Bergson Masih Belum pecah ‘Telur’

Ketika penggantinya Bergson da Silva masih buntu mencetak gol, aksi Diogo bersama BG Pathum United telah m3ncuri tumpuan ketika menang 4-0 ke atas Kaya FC.

Bekas pemain import Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk dua musim itu berhasil meledak dua gol dan membuat satu bantuan gol dalam 90 minit permainannya bersama wakil Thailand, BG Pathum dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2021.

Itu merupakan aksi pertama BG Pathum di saingan ACL musim ini dan kemenangan besar tersebut telah meletakkan mereka sebagai peneraju Kumpulan F ketika ini, berkelebihan perbezaan jaringan ke atas wakil korea Selatan, Ulsan Hyundai.

Bergson pula masih memburu jaringan pertamanya di ACL bersama JDT dan selepas dua perlawanan yang dilalui JDT untuk aksi Kumpulan G, beliau masih buntu.

Setakat 11 penampilan dan 927 minit permainan di Liga Super, Bergson meledak 11 gol – dua gol di belakang penyerang, Ifedayo Olusegun. Tentunya harapan tinggi diletak kepadanya di ACL apabila mereka mengikatkan secara tetap pada Jun yang lalu.

Beliau tampil 180 minit dan telah mencipta 11 percubaan dalam dua aksi dengan empat daripadanya merupakan percubaan tepat – ketika berdepan Ratchaburi FC. Namun, aksi cemerlang penjaga gol, Kampol Pathomakkakul sangat dipuji.

Bukan setakat Bergson dik3cewak4n olehnya, malah wakil Korea Selatan, Pohang Steelers juga sukar untuk menembusinya dalam aksi pertama kumpulan. Setakat ini, Kampol telah membuat 12 saves – tujuh daripadanya di dalam kotak penalti.

Malah, Bergson yang cuba mencari titik mula mencetak gol menerusi sepakan penalti, gag4l menyudahkannya apabila diselamatkan oleh Kampol. Jelas, Kampol adalah penjaga gol yang bagus dan misi Bergson m3mburu gol sulung diteruskan lagi.

Untuk Diogo pula, ini merupakan aksi di ACL pertamanya bersama BG Pathum. Beliau pernah tampil mewakili JDT dan Buriram United di pentas ACL sebelum ini. Bersama JDT, beliau hanya menyerlah di saingan Liga Super berbanding di saingan ACL.

Bersama JDT, beliau lebih menyerlah di saingan tempatan. Beliau telah menyumbang 24 gol dalam 29 penampilan, namun impaknya di ACL mungkin kurang dirasai. Musim 2019, beliau meledak dua gol dalam saingan peringkat kumpulan, sementara untuk musim 2020, tiada jaringan dihasilkan dalam dua perlawanan yang dilalui JDT.

Bersama Buriram di pentas ACL juga menyaksikan beliau hanya meledak enam gol dalam 14 penampilannya. Sebelum diterbangkan ke JDT, Diogo telah meledak 101 gol dalam 105 penampilan bersama Buriram United dalam tempoh empat musim.

Mungkin aksi Diogo akan lebih teruji m3nent4ng lawan yang lebih gah seperti Ulsan Hyundai selepas ini. Sedikit perbezaan dengan aksinya di JDT adalah di BG Pathum, beliau bergandingan bersama Teerasil Dangda, sementara di JDT, beliau adalah penyerang tunggal. Mungkinkah itu penyebabnya? Tunggu aksi kedua Diogo nanti.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahbat semua..Terima Kasih Banyak!

Sumber:semuanyabola.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*