EURO 2020 Pusingan Ke-16: Italy 2-1 Austria(AET)

EURO 2020 Pusingan Ke-16: Italy 2-1 Austria(AET)

Itali merupakan pasukan paling konsisten dan padu pada perlawanan peringkat kumpulan apabila menjadi pasukan pertama mengesahkan tempat ke pusingan kal4h m4ti.

The Azzurri menang kesemua perlawanan dan mengutip 9 mata penuh tanpa sebarang bolos ketika m3nent4ng Wales, Switzerland dan Turki dengan 7 gol dihasilkan.

Pasukan Itali yang sudah zaman berzaman terkenal dengan pertahanan yang mapan dan tidak g0gek d1sunt1k dengan sistem s3rang4n yang sungguh padu dan sistematik.

Itali dibawah bimbingan Roberto Mancini kini sangat jauh berbeza dengan pasukan Itali yang dunia kenali sebelum ini. Pasukan yang seimbang di setiap posisi.

Austria dan Itali telah bertemu sebanyak 36 kali di mana Itali mencatatkan 16 kemenangan dan Austria menang 12 kali dengan 8 kali perlawanan berakhir dengan keputusan seri.

Kali terakhir Austria menang ke atas Itali adalah pada Disember 1960 di mana Azzurri terciduk 2-1 di Naples dan sejak itu Austria t3was tew4s 10 perlawanan dan seri tiga kali.

Ini merupakan kali pertama Austria berjaya melepasi peringkat kumpulan selepas tiga kali mara ke kejohanan EURO, pertama kali main di pusingan kalah m4ti.

Pemenang perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley ini akan bertemu penyandang juara, Portugal atau Belgium di perlawanan suku akhir yang akan berlangsung di Football Arena Munich 3 julai nanti.

Itali turun dengan reputasi gah menentang pasukan yang agak goyah, Austria namun diperingkat kalah m4ti semuanya tidak mustahil untuk mencipta kejutan.

Itulah yang dilakukan oleh Austria apabila memberi tentangan sengit sehingga berjaya mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Pada minit ke-65 akhirnya kebuntuan telah dipecahkan oleh Austria dengan gol pendahuluan daripada Marko Arnautovic namun gol tersebut telah dibatalkan kerana offside.

Kedudukan seri tanpa jaringan kekal hingga tamat permainan dan pengadil memberikan masa tambahan 30 minit membawa kepada perlawanan 120 minit.

Federico Chiesa meletakkan Itali di depan pada minit ke-95 dan Matteo Pessina menggandakan kedudukan 10 minit kemudian.

Sasa Kalajdzic kemudian menambahkan debaran Itali dengan merapatkan jaringan dengan sundulan rendah.

Itali mula ditekan dan tertekan namun berjaya mengekalkan defisit sehingga tamat permainan dan mara ke suku akhir.

Italy Starting XI: Donnarumma, Di Lorenzo, Bonucci, Acerbi, Spinazzola, Barella, Jorginho, Verratti, Berardi, Immobile, Insigne.

Subs: Sirigu, Locatelli, Belotti, Pessina, Emerson Palmieri, Chiesa, Cristante, Bernardeschi, Raspadori, Bastoni, Toloi, Meret.

Austria Starting XI: Bachmann, Lainer, Dragovic, Hinteregger, Alaba, Xaver Schlager, Grillitsch, Laimer, Sabitzer, Baumgartner, Arnautovic.

Subs: Alexander Schlager, Ulmer, Posch, Ilsanker, Gregoritsch, Pervan, Baumgartlinger, Lienhart, Trimmel, Schaub, Schopf, Kalajdzic.

Referee: Anthony Taylor (England).

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua..Terima Kasih Banyak!

Sumber:thesukan.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*