Mat Don Percaya Harimau Malaya Menpunyai Masa Depan Yang Cerah

Mat Don Percaya Harimau Malaya Menpunyai Masa Depan Yang Cerah

KUALA LUMPUR: Pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi menyifatkan sokongan dan kec@man yang diterima selepas membuat penampilan pertama bersama Harimau Malaya menjadikannya lebih kuat untuk menyumbang sesuatu buat skuad itu pada masa akan datang.

Malah, pemain berusia 29 tahun itu turut menyifatkan skuad kebangsaan memiliki masa depan yang cerah berdasarkan pengurusan pasukan dan pemain yang dimiliki Harimau Malaya.

“Terima kasih atas peluang untuk mewakili negara yang indah ini. Sudah lama menjadi impian saya sejak datang ke sini dan saya sangat bersyukur dapat melangkah ke padang bersama rakan sepasukan.

“Mal4ngnya keputusan (yang lebih baik) tidak hadir, tetapi saya percaya kumpulan pengurusan dan pemain ini akan membawa kita lebih jauh.

“Saya tidak sabar untuk melihat pada masa hadapan nanti. Terima kasih atas sokongan, cinta dan b3nci menjadikan saya lebih kuat. Lebih banyak lagi yang akan hadir, Insya-Allah,” katanya di laman Instagram miliknya.

Liridon atau lebih dikenali sebagai Mat Don membuat penampilan sulung dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bersama Harimau Malaya pada awal bulan ini.

Dia menjadi antara pemain yang dikec@m hebat, selain seorang lagi pemain naturalisasi, Guilherme De Paula susulan prestasi kurang menjadi terutama ketika Harimau Malaya di1belas@h Emiriah Arab Bersatu (UAE) 4-0.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen pendapat sahabat semua dan share artikel ini..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*