Pengadil Perlawanan JDT-Pohong Amat Terkenal Dan Dib3nci Di Indonesia

Pengadil Perlawanan JDT-Pohong Amat Terkenal Dan Dib3nci Di Indonesia

JDT tew4s 4-1 kepada wakil Korea Selatan, Pohang Steelers dalam perlawanan ketiga Kumpulan G, AFC Champions League (ACL) pada malam tadi.

Walaupun mendahului melalui gol Leandro Velazquez pada minit ke-17 perlawanan, JDT bagaimanapun terus t3ngg3lam selepas itu dengan tiga sepakan penalti pihak lawan, dan satu gol padang.

Pohang yang ketinggalan dalam perlawanan ini berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan penalti pertama perlawanan yang disempurnakan Boris Tashchy pada minit ke-27 perlawanan.

Penalti pertama diberikan setelah penjaring gol pembukaan, Leandro Velazquez telah dip3rsal@hkan menj4tuhk4n Go Young-joon. Penyerang baharu mereka, Borys Tashchy mudah untuk m3new3skan Farizal Marlias untuk mengikat semula kedudukan.

Bentesan Mauricio ke atas Mario Kvesic telah menghadiahkan Pohang Steelers penalti kedua dan ia disudahkan Kang Sang-woo selepas dua kali mencuba apabila Farizal Marlias d1persal4hkan untuk keluar lebih awal ketika sepakan pertama diambil.

Pertahanan kanan, Matt Davies pula kemudian dip3rsal4hkan mengasari Alex Grant di penghujung perlawanan untuk lawan meraih penalti buat kali ketiga dan pemain sayap, Lim Sang-hyub menambah derit4 buat Harimau Selatan untuk gol terakhir perlawanan.

Beberapa insiden melibatkan penalti pertama dan kedua yang diberikan kepada Pohang menyebabkan pengadil perlawanan, Shaun Evans menjadi perhatian.

Siapa Shaun Evans?

Shaun Evans adalah salah seorang jurulatih profesional yang berpengalaman luas mengadili perlawanan di Liga Australia, dan pertandingan-pertandingan lain di peringkat Asia.

Beliau mulai mengadili perlawanan bola sepak di Liga Australia mulai 2008. Namun ketika itu,beliau hanya bergelar pembantu pengadil. Evans yang dilahirkan pada 21 Oktober 1987 itu mulai mendapatkan kepercayaan sebagaipengadil utama pada musim 2012/13.

Sepanjang karier sebagai pengadil, Evans pernah mengalami k3ced3raan bahu, iaitu pada musim 2015/16 menyebabkan beliau hanya sempat mengadili tujuh perlawanan pada musim tersebut. Evans bergelar pengadil profesional di Liga Australia mulai musim 2016/17.

Sebelum itu, Evans memiliki perkerjaan lain iaitu sebagai tukang batu. Kehebatan dan sumbangan Shaun Evans kepada Liga Australia menyebabkan beliau menerima anugerah pengadil terbaik pertandingan tersebut pada 2019.

Terkenal di Indonesia

Shaun Evans juga sebenarnya amat dikenali di negara jiran, Indonesia. Ia berikutan langkah Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) membawa pengadil asing ke Liga 1 pada 2017.

Pada minggu ke-33 Liga 1 2017 dalam perlawanan yang dianggap terbesar dalam bola sepak Indonesia di antara Persija Jakarta vs Persib Bandung, Shaun Evans menjadikan dirinya bualan penyokong bola sepak di Indonesia.

Ia berikutan tiga keputusan kontroversi yang dilakukan pengadil tersebut. Pertama, Evans m3mb4talkan gol yang jelas sah dijaringkan oleh penyerang Persib, Ezechiel Ndouassel pada menit ke-27. Yang kedua memberikan penalti kepada Persija tanpa penjelasan yang jelas.

Selepas itu Shaun Evans memberikan kad merah kepada Vladimir Vujovic dan membuat Persib memilih untuk walk-out pada minit ke-87 pertandingan.

Tidak cukup dengan itu, Shaun Evans sekali lagi menjadi perhatian rakyat Indonesia ketika perlawanan suku akhir Sukan Asia 2018 yang diadakan di Palembang, Indonesia.

Ini Keputusan Shaun Evans yang Paling Merugikan Indonesia http://sepakbola.harianjogja.com/read/2018/08/24/505/935977/ini-keputusan-shaun-evans-yang-paling-merugikan-indonesia?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter

Dalam perlawanan tersebut, Evans did4kwa mengadili perlawanan berat sebelah. Pertama, Evans did@kwa dengan mudah memberikan dua sepakan penalti meragukan kepada UAE pada setiap babak perlawanan. Gol penalti tersebut m3nyingk1rkan Indonesia dengan kekalahan 2-1.

Tindakan Evans yang mengabaikan sikap penjaga gol UAE, Mohamed Alshamsi yang jel4s membuang masa mel3ng4hkan sepakan turut tidak disen4ngi penyokong Indonesia pada ketika itu.

Penutup

Hakikatnya, manusia tidak akan lari dari melakukan k3sil4pan. Mengenai perlawanan JDT dan Pohang Steelers, anda nilaikan sendiri prestasi pengadil.

Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen pendapat sahabat semua dan share artikel ini..Terima Kasih Banyak!

Sumber:semuanyabola.comĀ 

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*