Adik Kecil Meminta Izin Polis Balik Kampung,Terlalu Rindu Datuk&Nenek

Adik Kecil Meminta Izin Polis Balik Kampung,Terlalu Rindu Datuk&Nenek

Pejam celik, sudah hampir 2 tahun negara kita dil4nda pandem1k COVID-19.

Tidak dinafikan, ramai yang rindu untuk pulang ke kampung dan berjumpa dengan ahli keluarga tercinta setelah sekian lama tidak bersua muka dek kerana lar@ng4n merentas negeri.

Perkara tersebut bukan sahaja dirasai oleh orang dewasa, tetapi kanak-kanak turut mengalami perkara yang sama apabila sudah berbulan-bulan tidak bertemu dengan datuk dan nenek di kampung.

Begitulah seperti kisah yang dilalui oleh seorang pengguna TikTok bernama Puteri Nur Farahanum apabila anak kecilnya sering mengajaknya untuk pulang ke kampung.

Jumpa sendiri & minta izin polis

Setelah puas memujuk anaknya namun masih tidak berhasil, akhirnya wanita ini membawa sendiri kanak-kanak itu bersemuka dengan pihak polis.

Siapa sangka sebaik tiba di balai, anak kecil itu dengan berani meminta izin pihak polis untuk balik ke kampung halaman bertemu datuk dan neneknya.

Namun begitu, pihak polis menjelaskan secara baik bahawa perjalanan rentas negeri masih belum dibenarkan lagi.

Menangis dalam kereta sebab polis tak bagi balik kampung

Lebih memilukan apabila pulang sahaja dari balai polis, kanak-kanak itu dilihat begitu kecewa dan tidak berhenti men4ngis dalam kereta. Si ibu cuba memujuk anaknya agar menerima jawapan pihak berkuasa.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak saat menyaksikan gelagat kanak-kanak tersebut. Dalam pada itu, ramai juga yang memahami perasaan kanak-kanak itu dan rindu dengan kampung halaman masing-masing.

Kesiannya dia

Faham sangat adik rasa apa

Sabar dik

Anak saya pun hari2 tanya polis

Sayu pula tengok bila polis cakap tak boleh

Keadaan sekarang sangat bahaya, kesian atuk nenek di kampung

Sudah baca artikel ini?Jangan lupa komen dan share sahabat semua..Terima kasih Banyak!

Sumber:ohmymedia.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*