Pemain Import Sabah FC Saddil, Ingin Terus Kerja Keras Untuk Pasukan

Pemain Import Sabah FC Saddil, Ingin Terus Kerja Keras Untuk Pasukan

KUALA LUMPUR: Pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani mengakui tanggungjawab yang lebih besar bakal dipikul dalam misi untuk terus membantu pasukannya selepas kontraknya sah dilanjutkan sehingga November 2022.

Pemain berusia 22 tahun itu jelas teruja apabila terus diberikan kepercayaan untuk kekal bersama Sabah FC lebih semusim lagi, namun men3g4skan betapa dia perlu bekerja lebih keras dan tidak sekadar berada di zon selesa.

Jelasnya, sejak menyertai pasukan itu pada musim ini, bekas pemain Pahang FC itu berpuas hati dengan apa yang dilalui bersama pasukan itu di Liga Super di mana prestasinya juga dilihat berada pada tahap memuaskan untuk memberikan impak kepada pasukan.

“Saya bersyukur dengan lanjutan kontrak ini tetapi pastinya perlu ada tambahan kerja ker4s kerana ini adalah tanggungjawab besar yang perlu saya buat untuk selalu memberikan yang terbaik.

“Saya tidak boleh sia-siakan kepercayaan rakan-rakan, barisan kejurulatihan dan pihak pengurusan kerana semestinya mereka mengharapkan sesuatu yang positif apabila diberi lanjutan kontrak ini.

“Untuk prestasi sendiri, saya menjaringkan tiga gol setakat ini namun sebenarnya saya tidak mahu melihat kepada jumlah jaringan sangat kerana ia bergantung kepada situasi di atas padang ketika itu.

“Secara peribadi, lebih penting adalah terus membantu pasukan kerana walaupun saya menjaringkan gol tetapi tidak memberi kemenangan buat pasukan, tidak ada gunanya. Jadi cukuplah asalkan pasukan terus membangun,” katanya.

Sebagai rekod, pemain dari Indonesia itu menjadi antara pemain yang kekal semusim lagi memperkuat skuad Badak bersama Randy Baruh dan Alto Linus.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share bah kita-kita juga bah ni..Terima Kasih Banyak!

Sumber:bharian.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*