Polis Bayar Ganti Rugi RM1.5 Juta Kepada Keluarga Mangsa 3 Remaja Yang Ditemb@k

Polis Bayar Ganti Rugi RM1.5 Juta Kepada Keluarga Mangsa 3 Remaja Yang Ditemb@k

Shah Alam: Mahkamah Tinggi di sini, memberikan ganti rugi lebih RM1.5 juta kepada keluarga tiga remaja yang m4ti ditemb4k polis 11 tahun lalu.

Hakim Datuk Khadijah Idris membuat keputusan itu semalam setelah membenarkan rayuan keluarga remaja itu iaitu Muhammad Shamil Shapiei, Mohd Hairul Nizam Tuah dan Muhamad Hanafi Omar.

Peguam Zaid Malek, yang mewakili keluarga remaja itu memberitahu pemberita melalui pesanan WhatsApp hari ini bahawa Hakim Khadijah membenarkan rayuan keluarga remaja tersebut untuk mengetepikan keputusan pendaftar Mahkamah Tinggi, yang memberikan award RM207,000 kepada keluarga ketiga-tiga si m@ti.

“Keluarga itu yang tidak berpvas h4ti dengan jumlah berkenaan telah mengemukakan rayuan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam (di hadapan hakim) agar ganti rugi dinilai semula dan sejumlah RM1,519,200 diberikan semalam,” katanya.

Pada 11 Ogos 2015, Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam Rozana Ali Yusoff membatalkan sam4n itu dan memerintahkan plaintif memb4yar kos sebanyak RM20,000 kepada defendan.

Namun pada 1 September 2016, Mahkamah Rayuan membenarkan tuntutan yang dikemukakan keluarga ketiga-tiga remaja itu dan memutuskan polis bertanggungjawab ke atas tembakan yang mer4gvt ny@wa remaja tersebut dan memerintahkan kes didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk penilaian di hadapan pendaftar.

Zaid berharap Jabatan Peguam Negara tidak akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu supaya kes dapat menemui titik noktah.

“Kami juga meminta kerajaan dan polis agar segera mengambil tindakan disiplin dan jen4yah terhadap anggota polis yang bertanggungjawab atas perbuatan itu,” kata peguam itu.

Beliau berkata, daripada award berjumlah RM1,519,299 itu, setiap keluarga akan menerima lebih RM500,000 bagi ganti rvgi am, misfeasans awam,ganti rugi tervk dan ganti rugi teladan sementara RM11,200 lagi tuntutan tanggungan untuk keluarga Mohd Hairul Nizam dan RM8,000 untuk keluarga Muhamad Hanafi.

“Setelah hampir 11 tahun, keluarga m4ngsa t3mb4kan Glenmarie akhirnya menerima keadilan atas travma dan kervgian yang mereka alami akibat tindakan polis,” katanya.

Saman berhubung d4kw4an serangan, memukul dan kecuaian itu difailkan terhadap polis dan kerajaan oleh keluarga Muhammad Shamil, Mohd Hairul Nizam dan Muhamad Hanafi, yang dilaporkan dit3mb4k oleh polis bertugas di Glenmarie, Shah Alam, kira-kira 4 pagi, 13 November 2010.

Ketika kejadian Muhammad Shamil berumur 15 tahun, Mohd Hairul 20, dan Muhamad Hanafi Omar, 22.

Keluarga itu sebagai plaintif juga menamakan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Selangor, Ketua Polis Negara, Kerajaan Malaysia dan pegawai polis yang belum dikenal pasti sebagai defendan.

Dalam pernyataan tuntutan, plaintif, antara lain m3nd4kwa ketiga-tiga remaja itu m3ningg4l dunia akibat tindakan polis dan tanpa justifikasi.

Sudah baca artikel ini?Mohon doa dari sahabat semua agar arwah tenang di sana..Terima Kasih Banyak!

Sumber:hmetro.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*