RM2.1 Bilion Ditambah Ke BPR Akan Dibyar Mula Dari Hari Ini

RM2.1 Bilion Ditambah Ke BPR Akan Dibyar Mula Dari Hari Ini

Kuala Lumpur: Pembayaran untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tambahan bernilai RM2.1 bilion akan mula dibayar secara berperingkat kepada 8.4 juta penerima bermula hari ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, pembayaran BPR tambahan itu membabitkan 3.6 juta isi rumah, sejuta warga emas yang bujang atau tiada pasangan dan 3.8 juta individu bujang.

Katanya, bayaran itu juga akan diagihkan kepada penerima kategori isi rumah, warga emas dan individu bujang mulai hari ini hingga 2 Julai yang akan terus dikreditkan dalam akaun bank masing-masing.

“Mengambil kira pembayaran Fasa 1, Fasa 2 dan BPR tambahan, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 8.4 juta penerima adalah sebanyak RM6.78 bilion manakala jangkaan pembayaran Fasa 3 pula pada September 2021 dianggarkan berjumlah RM2.32 bilion.

“Secara keseluruhannya, peruntukan berjumlah RM9.1 bilion sudah disediakan oleh kerajaan bagi pelaksanaan BPR yang telah dan akan disalurkan kepada golongan B40,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sementara itu, bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank (termasuk di Sabah & Sarawak), bayaran akan mula dibuat bermula hari ini melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan BSN akan mengeluarkan panduan prosedur operasi standard (SOP) dari semasa ke semasa.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan sentiasa komited memastikan bantuan diperuntukkan sampai kepada mereka yang disasarkan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

“Kerajaan berharap agar bantuan tunai ini akan meringankan beban golongan B40 terutamanya mereka yang amat terkesan akibat pelaksanaan PKP 3.0 kali ini,” katanya.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua agar lebih ramai yang tahu tentang bantuan ini..Terima Kasih Banyak!

Sumber:hmetro.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*