Seorang Lelaki Bersyukur Apabila Bantuan Tiba Mencurah-curah Setelah Mengibarkan Bendera Putih Demi Anak&Isterinya

Seorang Lelaki Bersyukur Apabila Bantuan Tiba Mencurah-curah Setelah Mengibarkan Bendera Putih Demi Anak&Isterinya

Kempen ‘kibar bendera putih’ yang disarankan kepada mereka yang memerlukan bantuan nampaknya berjaya memberikan sinar harapan buat sesetengah keluarga.

Sejak semalam, posting seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Hambamu Seikhlas tular apabila memuat naik gambar kibaran bendera putih di hadapan rumahnya kerana sudah buntu untuk mencari pendapatan.

Tiada jalan lain

Namun begitu, menerusi Harian Metro, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Zulkiflie Samsudin, 39, dari Taman Pulai Indah, Kangkar Pulai memaklumkan yang bantuan diterima sudah mencukupi.

Tindakannya sebelum ini dilakukan semata-mata untuk anak dan isteri yang sarat hamil kerana sudah buntuk memikirkan cara meneruskan kehidupan.

“Saya tidak tahu sama ada tindakan kibar bendera putih ini betul atau tidak, tapi saya lakukannya demi anak dan isteri kerana kami terputus bekalan makanan,”
“Saya sedih kerana tidak mampu menunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dengan sebaik mungkin kerana mas4lah kewangan dan keadaan saya bertambah burvk sejak awal tahun ini. Apatah lagi isteri sedang hamil enam bulan,” ujarnya.

Tak sangka ramai yang prihatin

Dia juga tidak sangka bahawa orang ramai sangat prihatin sehingga sanggup membayar tvnggakan rumah sewa serta ansuran kereta yang telah beberapa bulan tidak dibayar.

“Saya kibarkan bendera petang semalam selepas melihat ada kempen di media sosial dan Alhamdullilah bantuan diterima mencurah-curah hingga mampu menampung keperluan keluarga selama beberapa bulan.
“Malah ada juga warganet yang sanggup melangsaikan sewa rumah yang tertunggak selama sebulan berjumlah RM800 selain bayaran ansuran kereta selama tiga bulan bernilai keseluruhan RM1,200,” katanya.

Barang keperluan sudah mencukupi

Dalam pada itu, salah seorang penderma turut telah memuat naik tangkapan skrin barangan yang telah diserahkan kepada Zulkiflie sekeluarga dan meminta orang ramai menghentikan penyerahan bantuan kerana sudah mencukupi.

Ucap terima kasih kepada yang sudi membantu

Selain itu, lelaki berkenaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang sanggup menghulurkan bantuan kepadanya serta isteri yang sedang sarat hamil 6 bulan dan dua orang anaknya.

Dia juga berharap orang ramai dapat menghentikan bantuan yang diberikan kerana sudah mencukupi serta memohon maaf andai tidak sempat ‘bertegur sapa’ dengan warganet kerana bimbang ditvduh sebagai sc4mmer.

Terdahulu, kempen yang diuar-uarkan di media sosial oleh rakyat Malaysia telah mendapat perhatian berikutan menyedari ramai yang dalam kesusahan ketika ini.

Inisiatif tersebut sebagai salah satu langkah untuk memastikan jiran tetangga berada dalam keadaan baik, lebih-lebih lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan sharre sahbat semua..Terima Kasih Banyak!

Sumber:ohmymedia.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*