Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Membenarkan Kehadiran Maksimum 250 Orang Jemaah Solat Jumaat

Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Membenarkan Kehadiran Maksimum 250 Orang Jemaah Solat Jumaat

Melaka: Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) membenarkan kehadiran maksimum 250 orang jemaah bagi solat Jumaat di tujuh masjid kerajaan serta kariah negeri ini, berkuat kuasa esok.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat, Mesyuarat Jawatankuasa Khas Covid-19 negeri yang bersidang hari ini memutuskan, jumlah maksimum bagi jemaah solat Jumaat di masjid kerajaan adalah 250 orang berbanding 100 sebelum ini, manakala masjid kariah pula 100 jemaah berbanding 50 sebelum ini.

Menurutnya, jumlah maksimum jemaah bagi surau yang dibenarkan untuk mendirikan solat Jumaat adalah kekal kepada 50 orang.

“Tujuh masjid kerajaan ialah masjid yang ditadbir secara terus oleh JAIM manakala masjid dan surau Jumaat (surau yang dibenarkan mendirikan solat Jumaat) adalah yang ditadbir oleh Pengerusi dan ahli jawatankuasa (AJK) dipilih anak kariah masing-masing.

“Bilangan jumlah maksimum untuk solat fardu lima waktu secara berjemaah dan solat jenazah di masjid dan surau juga kekal kepada 12 orang.

“Jumlah maksimum yang ditetapkan itu tidak termasuk pemantau yang terdiri daripada anggota penguat kuasa JAIM serta agensi keselamatan yang berkaitan seperti polis,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Che Sukri berkata, semua jawatankuasa masjid dan surau serta jemaah yang dibenarkan hadir ke rumah ibadah berkenaan perlu mematuhi Prosedur Operasi Standart (SOP) seperti digariskan dalam Pekeliling JAIM Bilangan 10/2021 lalu.

Ketetapan berkenaan akan bermula esok sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sebelum ini, Kerajaan Melaka menerusi JAIM membenarkan 100 jemaah solat Jumaat bagi tujuh masjid kerajaan dan 50 orang di masjid dan surau Jumaat di kariah seluruh negeri, bermula 18 Jun lalu.

Bagaimanapun, jemaah solat fardu dan solat jenazah kekal 12 orang seperti yang ditetapkan sejak sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dilaksanakan bermula 1 Jun lalu.

Sudah baca artikel ini?Mohon komen dan share sahabat semua..Terima Kasih Banyak!

Sumber:hmetro.com

Artikel popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*